Cara untuk mendapatkan dana: biasiswa

Biasiswa: Cara mudah untuk mendapatkan tawaran dan 5 petua

Anda sedang mencari tawaran biasiswa? Seperti yang kami semua tahu, bantuan biasiswa dapat memudahkan bebanan untuk pelajar kerana bayaran biasiswa bukan sahaja membayar yuran pembelajaran, tetapi kos lebihan seperti kos harian juga. Namun begitu, kerana itu juga tawaran biasiswa sungguh sukar untuk didapat. Apakah cara untuk mendapat biasiswa? Apakah tips untuk mendapat tawaran itu? Kami himpunkan tips dan info biasiswa terkini untuk permohonan biasiswa sesi 2019/2020 ini untuk anda.

Cara untuk mendapatkan dana: biasiswa

Point 1: Tahap Pengajian & Kursus Pengajian

Cara untuk mendapatkan dana: biasiswa

Sebelum memulakan permohonan biasiswa anda, mula-mula anda harus kenalpasti tahap pengajian & kursus pengajian anda. Bergantung kepada dua faktor ini, tawaran biasiswa yang anda boleh dapat mohon amat berbeza. Daripada mencuba memohon semua tawaran yang sedia ada, lebih baik fokus untuk mencuba biasiswa yang khas untuk kursus pengajian anda. Sebagai contoh, biasiswa Petronas lebih utamakan graduan aliran sains. Kemudian point ini akan berhubung dengan point yang seterusnya.

Laman web pengumpulan dana

Point 2: Tawaran-tawaran Biasiswa

Laman web pengumpulan dana
Laman web pengumpulan dana

Kemudian anda harus lihat tawaran-tawaran biasiswa yang sedia ada. Apabila kita bincangkan biasiswa, kebiasaannya orang akan fikirkan biasiswa JPA. Tetapi biasiswa bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi tempat yang membuka permohonan biasiswa. Syarikat besar seperti Shell menawarkan biasiswa untuk pelajar Engineering, Sains, dan Komersial. Ada juga yayasan-yayasan yang memberikan bantuan kewangan juga seperti Yayasan Negeri Selangor dan juga yayasan yang berasal dari syarikat seperti Yayasan Bank Rakyat.

Di sini juga kami ada salurkan link kepada laman web yang mengandungi list komprehensif untuk biasiswa yang sedia ada. Segala kredit laman web ini diberi kepada website Tunku Abdul Rahman (TAR) ini.

Satu lagi laman yang boleh anda lawat ialah afterschool dimana laman web ini juga meletakkan info jumlah pembiayaan dan tahap pengajian untuk biasiswa terkini.

Apakah itu crowdfunding?

Point 3: Backup plan

Poin terakhir ialah backup plan untuk permohonan biasiswa itu. Anda mungkin sudah mendapat tawaran daripada universiti luar negara yang berprestij, tetapi tidak dapat mendapat biasiswa yang anda mahukan. Oleh itu anda harus siap sediakan “Plan B” untuk bantuan kewangan. Misalnya, anda boleh mencari orang-orang besar tidak kira dari segi politik ataupun pemilik syarikat besar. Ada sahaja berita tentang insan yang murah rezeki yang sanggup membantu pelajar susah seperti di kisah ini.

Sambung daripada poin ini juga, anda juga boleh meminta bantuan daripada orang ramai melalui crowdfunding. Apakah itu crowdfunding? Anda boleh ambil tahu di artikel kami ini.

Kesimpulan penggalangan dana

Akhir sekali, poin paling penting sekali ialah untuk tidak berputus asa. Memohon biasiswa ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun begitu mendapat tawaran untuk belajar luar negara juga bukanlah satu perkara yang mudah, namun anda berjaya juga sampai ke tahap ini. Setiap kali anda berasa lelah atau tidak lagi mahu mencuba, fikirkanlah bagaimana anda sudah berusaha dan menguasai challenge sebelum ini sehingga boleh mendapat tawaran untuk dijadikan pendorong untuk berusaha.

Selamat Mencuba!

※ Semua kredit gambar dan link diberikan kepada pemilik-pemiliknya

Bacaan lanjutan: Guna airfunding pengumpulan dana menyumbang

Comments
Comments are closed.