Jadikan PTPTN pilihan terakhir untuk membayar yuran pengajian Universiti 1

Jadikan PTPTN pilihan terakhir untuk membayar yuran pengajian Universiti

Sudah namanya pinjaman, peminjam haruslah membayarnya semula. Kebanyakan lepasan graduan pasti akan terjerut dengan bebanan hutang pinjaman PTPTN yang tinggi sehingga boleh tersenarai hitam kewangan kerana tidak bayar balik pinjaman PTPTN. Sebelum perkara ini terjadi kepada anda, kami akan memberikan pendedahan mengenai kaedah bagaimana untuk membayar yuran pengajian Universiti selain menggunakan pinjaman PTPTN.

Pinjaman PTPTN yang telah disenarai hitam sukar untuk membuat permohonan pinjaman bank

Walaupun kerajaan baru telah mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang telah disenarai hitam untuk ditahan imigresen ke luar negara dihapuskan, akan tetapi bagi peminjam PTPTN yang dikenakan CCRIS, mereka tetap akan mengahadapi kesukaran untuk membuat permohonan pinjaman bank. Mereka akan kekal dilabel dalam senarai hitam kewangan. Hal ini menyebabkan mereka akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman yang lain seperti  kereta, rumah dan sebagainya. Memang tidak diakui lagi bahawa perjalanan peminjam PTPTN ke luar negara tidak akan disekat kini walaupun tunggakan PTPTN masih banyak tidak dijelaskan. Akan tetapi permohonan untuk membuat pinjaman yang lain pada masa hadapan susah untuk dilakukan apabila nama peminjam telah disenarai hitam kewangan.

Kebanyakan Peminjam PTPTN tidak mampu untuk bayar balik

Bagaimana peminjam PTPTN ini hendak membayar balik jika mereka tidak mendapat sebarang pekerjaan. Hal ini kerana, lepasan graduan pasti akan mengalami masalah mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja graduasi kerana peluang pekerjaan kini tidak banyak. Memang susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ramai majikan yang mencari pekerja yang mempunyai pengalaman. Bukan itu sahaja, jika para graduan mendapat pekerjaan sekali pun, gaji permulaan yang mereka dapat agak rendah, gaji tersebut hanya sekadar cukup-cukup makan. Mungkin ada juga sebahagian peminjam PTPTN harus menanggung beban kaluarga dengan hasil gaji tersebut. Memang agak sukar untuk mereka hendak bayar balik duit pinjaman PTPTN tersebut. Walaupun diberi peringatan daripada bank untuk membayar balik duit pinjaman tersebut, mereka masih tidak mampu untuk membayar balik atas masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Kaedah bayar balik Yuran pengajian Universiti selain membuat pinjaman PTPTN

Sebelum anda terjerut sama sekali seperti nasib peminjam di atas yang telah disenari hitam, mungkin anda boleh menggunakan kaedah lain yang dapat membantu anda melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Pasti anda mahu mendapatkan ijazah dengan tenang tanpa memikirkan masalah kewangan bukan? Pasti juga anda mahu meneruskan pengajian tanpa memikirkan bebanan hutang yang akan dialami di masa hadapan, bukan? Antara salah satu solusi selain menggunakan pinjaman pendidikan PTPTN ialah, anda boleh mencuba crowdfunding! Bagi sesiapa yang kurang diberi pendedahan mengenai crowdfunding, ia merupakan pengumpulan dana daripada orang ramai secara online. Anda boleh menggunakan crowdfunding , di mana banyak platform yang telah disediakan secara online di internet bagi menyelesaikan masalah penjelasan yuran pengajian dan asrama di universiti.

Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!