Kaedah Sambung Belajar Selain Menggunakan Biasiswa 1

Kaedah Sambung Belajar Selain Menggunakan Biasiswa

Adakah anda telah mencuba untuk mendapatkan biasiswa seperti JPA, MARA mahupun tajaan daripada institusi-institusi lain untuk tahun 2019 ini? Sampai sekarang masih tidak lagi mendapat sebarang panggilan atau tindak balas permohonan biasiswa anda? Bagi pelajar yang telah berjaya mendapatkan biasiswa, tahniah diucapkan kerana bukan mudah untuk mendapatkan biasiswa ini kerana pelajar yang cemerlang dan terpilih sahaja berjaya memperoleh biasiswa. Sebagai permulaan, kami akan berkongsikan cerita mengenai biasiswa serta tips bagaimana para pelajar dapat menyambungkan pelajaran  mereka tanpa menggunakan biasiswa.

Biasiswa Membantu Pelajar Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Dalam Malaysia Dan Luar Malaysia

Bila disebut mengenai biasiswa, pasti ramai yang merebutkan peluang ini untuk memohon biasiswa untuk menyambungkan pengajian universiti dalam Malaysia dan luar Malaysia. Walaupun banyak biasiswa yang ditawarkan untuk para pelajar bagi setiap tahun mahupun bagi peringkat diploma, ijazah, master dan PHD, tetapi peluang untuk memperoleh biasiswa agak sukar kerana setiap tahun, persaingan untuk mendapatkan biasiswa juga sangat sengit. Bukan itu sahaja, malah banyak juga biasiswa yang ditawarkan secara online kini seperti JPA, MARA mahupun tajaan yang ditawarkan dari  institusi-institusi lain. Kenapa ramai merebutkan biasiswa ini? Hal ini kerana biasiswa dapat menanggung perbelanjaan pengajian para pelejar apabila menyambungkan pelajaran mereka. Bukan itu sahaja, malahan biasiswa juga dapat membantu keluarga yang berpendapatan rendah menyambungkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Syarat Kelayakan Untuk Mendapatkan Biasiswa

Siapa yang layak ditawarkan untuk memperoleh biasiswa? Pelajar yang terpilih sahaja mendapat kelebihan biasiswa ini iaitu pelajar yang cemerlang dalam akademik. Syarat kelayakan untuk mendapatkan biasiswa bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan pelajar juga berpeluang mendapat biasiswa jika pelajar bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dahulu mahupun di universiti. Ia menjadi tiket bonus kepada pelajar untuk mendapatkan biasiswa. Syarat Kelayakan yang utama ialah para pelajar yang membuat permohohanan biasiswa mestilah memenuhi semua syarat kelayakan yang ditawarkan setiap tajaan institusi-institusi yang menawarkan biasiswa jika pelajar itu betul-betul ingin melanjutkan pengajian mereka.

Sekarang, bagaimana pula jika anda tidak dapat mendapat biasiswa untuk sambung pelajaran? Seperti kami bincangkan tadi, kos untuk belajar ke luar negara adalah sangat mahal. Ada beberapa cara untuk mendapatkan dana, tetapi untuk kali ini, kami akan menerangkan tentang Crowdfunding!

Crowdfunding Dapat Membantu Para Pelajar Melanjutkan Pengajian tanpa Biasiswa

Jika kita melihat peratusan permohonan biasiwa setiap tahun, terlalu ramai yang telah membuat permohonan biasiswa. Anda jaminkah akan memperoleh biasiswa? Jika diikutkan, ramai sahaja para pelajar berhasrat untuk menyambungkan pengajian mereka di universiti dalam Malaysia atau luar Malaysia. Akan tetapi, halangat utama yang pasti para pelajar ini akan termpohi adalah masalah kewangan. Khususnya kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan pengajian mereka. Kenapa perlu hentikan hasrat  nilai yang murni untuk mencari ilmu sedangkan ada kaedah lain untuk membantu anda menyambungkan pelajaran.

Crowdfunding adalah platform di mana melalui sambungan internet, ia membolehkan individu atau sekumpulan mereka meminta bantuan atau untuk mencapai impian dengan mendapatkan sumbangan dana dari individu lain yang mahu membantu. Anda boleh menggunakan crowdfunding ini untuk melanjutkan pengajian anda ke universiti dalam Malaysia dan luar Malaysia. Dengan menggunakan kaedah crowdfunding ini, ia dapat membantu pelajar menanggung yuran pengajian mereka. Malahan dapat juga mengelakkan para pelajar ini daripada belenggu hutang pinjaman pendidikan yang banyak. Paling utama sekali, crowdfunding ini dapat meneruskan cita-cita pelajar ini meneruskan pengajian mereka.

Tetapi, bagaimana nak buat crowdfunding? Banyak platform di internet yang menyediakan kaedah crowdfunding. Antaranya ialah Airtripp Funding. Airtripp Funding merupakan platform yang menyediakan pengumpulan dana secara online kepada orang ramai. Menariknya Airtripp Funding ini ialah pihak yang memohon sokongan dana  ini tidak dikenakan caj sama sekali untuk menjalankan projek crowdfunding. Selain itu, projek anda juga akan sampai ke peringkat global di mana setiap individu boleh memberi sumbangan dana kepada anda. Akan tetapi, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai sebab yang kukuh untuk membuat orang ramai tertarik untuk menyokong dan memberi sumbangan untuk mencapai impian anda melanjutkan pengajian anda ke universiti dalam Malaysia dan luar Malaysia. Hal ini kerana, orang ramai tidak akan menolong anda hanya jika anda malas untuk mencari duit membayar yuran pembelajaran. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mencubakan crowdfunding di Airtripp Funding untuk mencapai impian anda. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Kami harap dengan artikel ini anda dapat tahu kaedah sambung belajar selain menggunakan biasiswa


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!