Cara melabur duit gaji anda sebaiknya 1

Cara melabur duit gaji anda sebaiknya

Hari gaji sudah dekat! Namun pernahkah anda rasa seperti anda ingin laburkan duit gaji itu, mahupun kerana ingin jadikan duit tambahan selain wang pencen ataupun untuk digunakan untuk cahaya mata untuk pendidikan dan lain-lain? Maka bagaimana untuk melabur? Ini adalah nota ekspress untuk pelabur beginner yang ingin berjinak dengan pelaburan.

  • Fixed deposit (akaun simpanan tetap)

Ini adalah pelaburan yang boleh dikatakan paling selamat, tetapi tempoh turnover (bila mendapat hasil pelaburan itu) itu adalah panjang. Banyak tempat pelaburan yang anda boleh gunakan di Malaysia yang stabil dan selamat seperti yang disediakan oleh Maybank dan CIMB.

  • Stocks (Saham)

Jika fixed deposit bermaksud risiko rendah dan pulangan rendah, maka stocks ialah risiko tinggi dan pulangan tinggi! Namun stocks bukanlah satu pilihan yang disyorkan untuk orang yang baru berjinak dengan pelaburan, kerana damage yang boleh terjadi kepada kewangan anda juga tinggi.

  • Commodities (Komoditi)

Ini pula adalah pelaburan kepada sesuatu barang fizikal untuk dijual pada masa yang akan datang. Kebiasaannya barang fizikal ini adalah barang yang terhad dan tidak boleh dicari dengan mudah di pasaran, seperti barang antik ataupun kad edisi terhad seperti kad baseball di Amerika. Seperti yang anda boleh agak, pelaburan ini lebih untuk orang yang berada.

  • Property (Hartanah)

Kaedah ini pula memerlukan amaun permulaan yang tinggi, namun pulangannya bagus. Contoh paling mudah ialah menyewakan rumah. Pelaburan ini juga bagus kerana hartanah ialah sesuatu yang sentiasa diperlukan.

  • Dan banyak lagi!

Seperti yang kami sudah terangkan, ini hanyalah nota mudah untuk yang tiada idea untuk mulakan pelaburan. Jika anda tertarik dengan idea ini, anda boleh jadikan artikel ini untuk motivasi supaya belajar lebih lagi melalui pro ataupun buku-buku. Anda juga harus ingat, pelaburan bukan sahaja untuk wang, tetapi melabur untuk ilmu seperti kelas-kelas, ataupun untuk komuniti sendiri seperti charity atau crowdfunding

Selamat mencuba!


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!