Chelsea fans, unite! Pertolongan kepada bekas pelatih 1

Chelsea fans, unite! Pertolongan kepada bekas pelatih

Adakah anda penyokong Kelab EPL Chelsea? Ataupun anda adalah penyokong sukan bola sepak secara awam? Jika ya, anda dah sudah dengar berita tentang bekas pelatih Chelsea, Ken Shellito? Untuk yang tidak tahu, pelatih yang pernah melatih kelab di Kuala Lumpur, Perak dan Sabah ini telah meninggal hujung tahun lepas. Dan kami ingin beritahu anda tentang cara untuk menolong keluarga kepada star Chelsea ini.

Ingin dikebumikan di Stadium Chelsea

Sebelum Ken Shellito meninggal dunia, beliau berhasrat untuk abunya disebarkan di padang Chelsea. Beliau ada banyak memori indah di padang Stamford Bridge, dan hasrat ini juga diterima oleh kelab Chelsea sendiri. Namun begitu oleh kerana isteri beliau yang berasal dari Sabah tidak boleh mendapat pencen kerana perbezaan kerakyatan, isteri beliau tidak mampu untuk membayar kos untuk melaksanakan hasrat arwah suaminya.

Bagaimana anda boleh membantu? Berita baik untuk penyokong bola EPL di sini, Jane Bellingham telah mencipta projek crowdfunding di sini! Anda boleh menghulur bantuan kepada arwah dengan menyokong projek crowdfunding ini, mahupun dengan amaun yang sedikit. Pada masa penulisan artikel ini, projek ini sudahpun mengumpul sebanyak 715 dolar Amerika dari 1500 dolar matlamat!

Ayuh membantu, tidak kira sebagai penyokong Chelsea, penyokong bola, ataupun hanya sebagai insan yang ingin membantu.

Kepada yang tidak tahu, pelatih yang berasal dari England ini pernah bermain untuk pasukan Chelsea sendiri dan juga kelab national England pada tahun 1960-an. Setelah habis bermain sendiri, beliau telah berpindah ke Malaysia dan berkahwin dengan rakyat Malaysia sendiri yang berasal dari Sabah. Di Malaysia beliau telah menjadi pelatih kepada kelab bola di Malaysia.


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!