Crowdfunding Untuk Mencapai Impian Ke Netherlands

Kisah ini menceritakan mengenai Subhi berasal daripada Syria dan kini dia telah menetap di Bursa, Turki. Dia telah menggunakan crowdfunding untuk mencapai impiannya ke Netherlands. Hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya mencapai impiannya untuk menjalankan kehidupan di Netherlands.

Kalau dahulu sekadar membaca berita dengan sebelah hati tertutup, kini semakin ramai yang ikut sama meratapi nasib dan derita ribuan atau mungkin jutaan akan pelarian Syria yang tidak dapat lagi mengecap nikmat kehidupan di negara mereka sendiri. Pasti semua mengetahui apa yang berlaku di Syria di mana negara tersebut berada dalam kancah peperangan terburuk. Sebelum berlakunya konflik di negara tersebut, kehidupan Subhi sekeluarga semuanya dalam keadaan aman seperti negara-negara lain. Malangnya, ayahnya telah meninggalkan Subhi sekeluarga terlebih dahulu pada ketika itu kerana masalah kesihatan. Tetapi itu bukanlah penyebab kehidupan mereka berubah, akan tetapi konflik yang tercetus di negara tersebut yang merubah kehidupan mereka di mana mereka hilang semuanya.

Ramai keluarga pelarian terpaksa meninggalkan negara mereka sendiri termasuklah Subhi sekeluarga. Mereka terpaksa melarikan diri ke Turki pada tahun 2014. Sebaik sahaja di Tukri, mereka sekeluarga telah mendapat perlindungan daripada pihak kerajaan dan diberikan kad perlindungan sementara. Walaubagaimanapun, mereka kini menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi, perjalanan kehidupan mereka tidak semudah yang disangka. Mereka mengahadapi kesukaran di Turki di mana betapa susahnya mereka mendapatkan pekerjaan yang boleh menanggung perbelanjaan seharian mereka.

Tambahan pula, sudah lama dia mengimpikan untuk pergi ke Netherlands. Dia sangat meminati Netherlands di mana dia percaya bahawa negara tersebut aman dan tenang. Manakala, ekonomi di sana juga dalam keadaan baik dan ia merupakan negara yang mesra dan menerima pelarian sepertinya. Dia sangat-sangat mengimpikan untuk tinggal dan menjalani kehidupan bersama keluarganya di Netherlands.

Jika dia dapat mencapai impiannya ke Netherlands, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada dirinya, malah kepada keluarganya. Dia akan mencari kerja secepat mungkin setibanya di sana supaya dia dapat menyimpan wang untuk membantu keluarganya. Dia tidak kisah untuk bekerja apa-apa pun selagi dia dapat membantu keluarganya hidup lebih baik.

Jadi, dia sangat-sangat mengharapkan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk merealisasikan impiannya ke Netherlands. Dia telah berkongsi cerita dan meletakkan jumlah sokongan yang diperlukan secara terperinci di Airtripp Funding. Dia hanya memiliki $ 100 simpanan sahaja dan jumlah tersebut tidak mencukupi untuk mencapai impiannya. Jadi, dia memerlukan selebihnya untuk perbelanjaan tiket kapal terbang dan passport ke Netherlands.

Akhirnya dia telah berjaya pergi ke Netherlands sebaik sahaja dia mendapat sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding sebanyak $180.00. Jadi, ianya terbukti di sini bahawa crowdfunding merupakan salah satu alternatif yang sangat bagus dalam memberi ruang kepada mereka di luar sana mendapatkan sumbangan dengan lebih mudah. Ia bukan sahaja dapat menolong mereka yang memerlukan, malah memberi peluang kepada orang ramai memberi sumbangan dengan lebih mudah. Setiap sen yang kita dermakan pasti dapat mengubah kehidupan orang lain di luar sana. Selain itu, menariknya crowdfunding ini, ia terbuka kepada sesiapa sahaja di pelbagai peringkat usia. Mungkin anda boleh cuba untuk menjalankan crowdfunding bagi mendapatkan dana untuk keluarga, kawan-kawan dan orang yang tersayang di Airtripp Funding. Jadi, anda sudah tahu cara untuk mendapatkan dana dengan lebih mudah di platform Airtripp Funding. Jangan lupa kongsikan maklumat kepada kawan-kawan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram. Perkara baik apa salahnya kita kongsi bukan?

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.