Crowdfunding Untuk Menjalankan Misi Kemanusiaan “We Care We Serve: Help Cambodian To Get A Better Life” 1

Crowdfunding Untuk Menjalankan Misi Kemanusiaan “We Care We Serve: Help Cambodian To Get A Better Life”

Nurul Nabilah, berasal dari Johor, Malaysia ingin menjalankan projek kemanusiaan di Kemboja untuk membantu mereka menjalankan kehidupan dengan lebih baik. Dia telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk mendapatkan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding agar dia berjaya untuk meringankan beban kehidupan masyarakat Kemboja lalu memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Dia merupakan seorang pelajar universiti yang bergiat aktif dalam misi kemanusiaan di Malaysia. Biarpun masih muda namun dia memiliki sikap keprihatinan yang tinggi terhadap masyarakat sebagai seorang sukarelawan. Dia lebih minat untuk dekati komuniti dan membantu masyarakat yang lebih memerlukan. Sebelum ini, banyak sahaja program yang telah dijalankan bersama komuniti yang dianjurkan di universitinya seperti tautan kasih bersama gelandangan, rumah-rumah kebajikan mahupun menurun padang menghulurkan bantuan ketika berlaku bencana alam.

Crowdfunding Untuk Menjalankan Misi Kemanusiaan “We Care We Serve: Help Cambodian To Get A Better Life” 2

Tetapi, ini merupakan kali pertama dia terlibat dalam misi kemanusiaan yang dijalankan di luar negaranya. Katanya, dia mahu menyelusuri warna warni kehidupan penduduk Kemboja. Malah, dia sendiri mahu menyaksikan sendiri kesusahan yang melingkari kehidupan mereka dan realiti kehidupan sebenar mereka. Saban hari kita mengeluh dengan kehidupan realiti yang kita sangkakan kita sudah berada dalam keadaan susah sedangkan masih ramai di luar sana yang hidup lebih susah daripada kita. Jadi, dia mahu membantu meringankan beban komuniti setempat yang hidup dalam serba kekurangan.

Misi sukarelawan ke Kemboja ini akan diadakan pada 22 sehingga 27 Mac 2019. Tujuan utama misi ini adalah untuk membantu sesama manusia, meringkankan beban komuniti setempat yang hidup dalam serba kekurangan dalam aspek kesihatan, pendidikan, komuniti, alam sekitar dan infrastruktur. Kehidupan serba daif sebaliknya, bekalan air paip tidak sampai ke perkampungan mereka. Rombongan misi kemanusiaan ini melengkapkan kehidupan mereka dengan menyumbangkan peralatan sekolah, pembinaan telaga kepada penduduk turut diberikan bagi memudahkan urusan mereka menjalankan aktiviti seharian.

Crowdfunding Untuk Menjalankan Misi Kemanusiaan “We Care We Serve: Help Cambodian To Get A Better Life” 3

Jadi, dia sangat-sangat memerlukan bantuan kawan-kawannya di Airtripp Funding supaya dia mendapat peluang untuk menyumbangkan tenaganya kepada mereka yang memerlukan lalu membantu untuk meningkatkan kehidupan masyarakat Kemboja dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, memandangkan ini kali pertamanya dia akan menjejakkan kaki di Kemboja, dia jagu mahu mencipta kenangan manis dan berkenalan dengan ramai penduduk sana.

Dia percaya bahawa masyarakat di sana memerlukan bantuan untuk menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik. Tetapi apa yang menyedihkan baginya ialah terdapat rintangan yang dihadapai olehnya apabila menghadapi masalah kewangan untuk menyertai misi ini. Jadi, dia sangat-sangat memerlukan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding agar dia berpeluang untuk menyertai misi tersebut. Dia memerlukan sebanyak $447 untuk perbelanjaan tiket kapal terbang, passport dan barang-barang sumbangan melingkungi peralatan pembelajaran, pembinaan telaga dan sumbangan barang keperluan kepada penduduk setempat. Katanya, setiap dollar yang disumbangkan oleh kawan-kawannya akan diagihkan kepada mereka.

Kini dia mempunyai 22 hari berbaki lagi untuk mengutip dana daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia akan berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah membantunya di Airtrippp Funding. Dengan bantuan dana yang anda sumbangkan dapat memberi peluang kepadanya dalam merealisasikan impian menjalankan misi kemanusiaan ke Kemboja. Jadi, sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding sangat bermakna untuk meningkatkan semangat dan minatnya dalam misi kesukarelawanan. Semoga semangat kesukarelawanan dalam jiwanya tidak pernah pudar kerana perkara murni patut dicontohi oleh golongan belia. Memandangkan dia mempunyai 22 hari berbaki lagi di Airtripp Funding, anda juga mungkin berpeluang untuk membantu dia menjalankan misi kemanusiaan ke Kemboja. Anda boleh melihat projeknya secara terperinci di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!