Impian Vini ke Jepun Untuk Belajar, Bekerja dan Mengenali Budaya Jepun Tercapai 1

Impian Vini ke Jepun Untuk Belajar, Bekerja dan Mengenali Budaya Jepun Tercapai

Vini yang merupakan seorang gadis daripada Indonesia telah berjaya mencapai hasratnya menetap di Jepun apabila menemui satu platform yang dapat merealisasikan impiannya ke Jepun iaitu Airtripp Funding. Impian yang diidam-idamkannya selama ini untuk menetap di Jepun telahpun tercapai dengan menggunakan kaedah crowdfunding.

Impian gadis ini untuk menjejakkan kaki ke Jepun bermula dari usia kecil lagi di mana minatnya yang sangat mendalam terhadap cerita kartun anime Jepun. Dia mula mempelajari bahasa Jepun melalui cerita Jepun di televisyen yang disiarkan di Indonesia. Selain itu, dia juga mempelajari bahasa Jepun di buku, majalah dan saling berhubung dengan kenalan Jepunnya di media sosial, malah dia juga pernah menjadi pemandu pelancong kepada kenalannya dari Jepun yang datang melawat Indonesia. Jadi, secara tidak langsung perkara ini dapat meningkatkan kosa kata bahasa Jepun dan minat dalam dirinya. Dia juga mengambil ujian JLPT (Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun) yang merupakan salah satu ujian untuk pelajar-pelajar bukan Jepun untuk melayakkan dirinya memasuki universiti-universiti di Jepun. Pada ketika itulah, dia nekad untuk belajar dan menetap di Jepun sehingga kini dan akhirnya tercapai hasratnya apabila menjumpai Airtripp Funding.

Vini merupakan kakitangan di sebuah syarikat minyak wangi di Indonesia dan hasil pekerjaan tersebut di dalam perancangannya adalah untuk disimpan membuat perbelanjaannya sambung belajar di Universiti Jepun pada masa hadapan. Seorang gadis tersebut hampir sahaja dapat mencapai impiannya ke Jepun apabila mendapat peluang untuk bekerja di Gifu, Jepun. Tetapi terdapat rintangan yang dihadapi oleh seorang gadis ini apabila dia mendapati bapanya mengalami kesakitan yang tidak dijangkakan dan segala wang simpanannya sebelum ini sudah digunakan untuk kos ubat dan rawatan ayahnya. Jadi, segala rancangannya untuk menetap di Jepun terhenti seketika untuk menjaga ayahnya yang sakit.

Pada ketika itu, dia merasakan bahawa tiada harapan lagi untuk mencapai hasratnya ke Jepun apabila dia mendapati bahawa semua simpannya sudah tiada. Tetapi apabila dia menjumpai crowdfunding di Airtripp Funding, Impiannya ke Jepun tercapai malah dapat menjumpai ramai kenalan Jepun. Dia meletakkan segala informasi dan perancangannya di dalam Airtripp Funding. Dia berjaya mendapat kutipan sebanyak $1,235.00 daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Perkara ini memang tidak boleh dilupainya, dia merasakan seakan-akan mimpi kerana dia berjaya mencapai impiannya dalam usia yang muda. Kawan-kawannya juga berkongsi maklumat di Airtripp Funding bahawa seronok dapat berkenalan dengan gadis tersebut dan berterima kasih kepada Vini atas perkongsian dan saling mempelajari bahasa antara satu sama lain. Mereka dapat banyak mempelajari bahasa Inggeris bersamanya daripada Vini dan Vini pun banyak mempejari bahasa Jepun bersama kenala-kenalannya di Airtripp Funding. Dia merasai banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan setibanya di sana. Malah, dia dapat mengenali budaya Jepun yang menyentuh hatinya. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Airtripp Funding kerana segala impiannya menjadi kenyataan.

Airtrtipp Funding dapat membantu anda dalam merealisasikan impian anda. Jangan lupa kongsi artikel ini bersama rakan-rakan yang mungkin dapat manfaat daripadanya. Anda boleh kongsikannya melalui Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram.


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!