Jauhi Membuat Pinjaman Tuisyen Pengajian 1

Jauhi Membuat Pinjaman Tuisyen Pengajian

Apabila ditanya mengenai kaedah bagaimana pelajar menyelesaikan yuran tuisyen pengajian mereka, Kebanyakannya menjawab, melalui biasiswa, meminta duit yuran tuisyen pengajian daripada ibu bapa mereka dan pinjaman pengajian.

Bagi pelajar yang  mendapat biasiswa, tahniah diucapkan kerana anda dikalangan pelajar cemerlang yang terpilih. Hendak mendapatkan biasiswa ini susah sekali. Jadi, gunakanlah sebaiknya. Bagi pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi, ia menjadi tiada masalah kepada pelajar tersebut kerana ada jaminan kewangan daripada ibu bapa mereka. Walaubagaimanapun, tidak lupa juga bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah, mereka masih boleh mendapatkan bantuan pengajian daripada mana-mana institusi yang menyediakan keperluan bantuan pengajian seperti zakat, yayasan dan sebagainya.

Jauhi Membuat Pinjaman Tuisyen Pengajian 2

Tetapi, bagi pelajar yang tidak mendapat sebarang bantuan pendidikan, pilihan terakhir yang  pasti pelajar pilih ialah membuat pinjaman untuk membayar yuran tuisyen pengajian. Membuat pinjaman untuk membayar yuran tuisyen pengajian itu tidak  salah sama sekali, lagipun banyak sahaja skim pinjaman pengajian disediakan. Tetapi pelajar perlu diingatkan bahawa mereka perlu membayar yuran tuisyen pengajian mereka semula apabila mereka sudah mendapat pendapatan sendiri. Pada masa hadapan pasti mereka akan menghadapi situasi di mana rungsing memikirkan bagaimana untuk selesaikan skim pinjaman tuisyen pengajian yang terlalu banyak daripada hasil pendapatan kerja yang mereka perolehi. Adakah mereka mampu untuk selesaikan skim pinjaman pengajian mereka itu di masa hadapan dengan baik atau mereka akan diisytihar muflis. Kenapa tidak anda cuba alternatif lain selain daripada mengambil skim pinjaman pengajian  untuk membayar yuran tuisyen pengajian.

Hal ini kerana, terdapat alternatif lain yang dapat membantu pelajar menyelesaikan yuran tuisyen pengajian iaitu dengan hanya menggunakan crowdfunding di internet. Crowdfunding sahaja boleh membantu pelajar membiayai tuisyen pengajian. Apa tu crowdfunding? Di sini kami akan berkongsikan sedikit mengenai crowdfunding yang ramai rakyat Malaysia kurang diberi pendedahan sedangkan kaedah ini telah famous digunakan oleh orang ramai di negara luar. Crowdfunding ialah pengumpulan dana daripada seseorang individu atau sekumpulan dengan meminta bantuan untuk mencapai impian atau matlamat mereka kepada individu lain yang boleh dan mahu membantu mereka dengan hanya sekadar melalui internet.

Pendek kata, anda boleh mencuba crowdfunding dengan berkongsi matlamat anda iaitu menyelesaikan yuran tuisyen kepada orang ramai yang mungkin boleh membantu anda daripada memikirkan untuk mengambil pinjaman tuisyen pengajian yang akan menghantui bebanan hutang pada masa hadapan. Sekarang anda sudah tahu mengenai crowdfunding, di mana ia boleh digunakan untuk membantu pelajar menyelesaikan yuran tuisyen pengajian. Jadi, jangan lupa share kan artikel ini bersama rakan-rakan anda yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!