Kaedah Mengutip Dana Melalui Pengumpulan Dana(Crowdfunding) 1

Kaedah Mengutip Dana Melalui Pengumpulan Dana(Crowdfunding)

Kutipan dana boleh dijalankan dengan pelbagai cara seperti pengedaran tabung dana dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada juga yang membuat kutipan dana dengan mengedarkan poster bantuan dana di masjid, perumahan mahupun berbentuk digital di laman sosial. Selain itu, terdapat juga yang menjalankan kutipan dana melalui pemasangan banner gantung di tepi jalan. Memang tidak dinafikan bahawa kaedah tersebut boleh diguna pakai akan tetapi kenapa tidak kita memanfaatkan kemajuan teknologi yang sedia ada untuk membuat kutipan dana dengan kaedah Pengumpulan Dana (Crowdfunding).

Kaedah Mengutip Dana Melalui Pengumpulan Dana(Crowdfunding) 2
kredit imej

Apa yang dimaksudkan dengan crowdfunding? Crowdfunding ini adalah gabungan perkataan diantara “pengumpulan” dan “dana”. Secara terperincinya, ia bermaksud pengumpulan dana daripada individu atau sebuah kumpulan yang ingin menjalankan sesuatu projek dengan cara kutipan dana  secara online di platform yang telah disediakan kepada orang ramai. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih mendalam mengenai apa itu crowdfunding.

Menariknya Pengumpulan Dana (Crowdfunding) ini adalah di mana ia membenarkan sesiapa sahaja dari setiap kelompok masyarakat sama ada golongan kanak-kanak, remaja atau warga tua untuk mendapatkan bantuan dana bagi sesuatu projek. Antara contoh projek yang boleh dijalankan untuk membuat Pengumpulan Dana (Crowdfunding) adalah seperti:

  • Pengumpulan dana untuk pembiayaan rawatan
  • Pengumpulan dana untuk membayar yuran pengajian
  • Pengumpulan dana untuk belajar ke luar negara
  • Pengumpulan dana untuk travel ke negara idaman
  • Pengumpulan dana untuk memulakan perniagaan
  • Pengumpulan dana untuk membantu masyarakat yang ditimpa bencana alam
  • Pengumpulan  dana untuk menjalankan projek kebajikan dengan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan

Jika hendak diikutkan sebenarnya banyak lagi projek yang boleh dijalankan untuk membuat Pengumpulan Dana (Crowdfunding) ini. Akan tetapi, macam mana pula kita nak buat Pengumpulan Dana (Crowdfunding)?

Pengumpulan Dana (Crowdfunding) boleh dijalankan di beberapa platform yang telah disediakan di internet. Jadi, anda mestilah kaji terlebih dahulu mengenai platform yang menyediakan perkhidmatan Pengumpulan Dana (Crowdfunding) kerana setiap platform tersebut mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan mereka tersendiri.

Kaedah Mengutip Dana Melalui Pengumpulan Dana(Crowdfunding) 3
Contoh platform crowdfunding di luar negara, kredit imej

Malahan bukan itu sahaja, bank juga turut membuat perkhidmatan Pengumpulan Dana (Crowdfunding) seperti Maybank yang menyediakan Maybankheart di mana platform tersebut hanya mengkhususkan Pengumpulan Dana (Crowdfunding) untuk tujuan kebajikan sahaja.

Kaedah Mengutip Dana Melalui Pengumpulan Dana(Crowdfunding) 4
Kredit imej

Penggunaan Pengumpulan Dana (Crowdfunding)

Pengumpulan Dana (Crowdfunding) yang disediakan dalam beberapa platform akan dijalankan secara publik di internet dimana semua orang dapat maklumat mengenai projek yang hendak anda  jalankan. Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan serta membenarkan orang ramai memberi sumbangan dan sokongan dana kepada anda dengan mudah kerana ia boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja.

Inisiatif sebegini sangat bagus kerana ia secara tidak langsung memudahkan kedua belah pihak iaitu penerima dana dan menerima dana menjalankan aktiviti mereka hanya di atas talian. Pengumpulan Dana (Crowdfunding) yang disediakan di beberapa platform telah memudahkan mana-mana individu, sebuah kumpulan atau badan organisasi yang mahu mendapatkan dana bagi menjalankan projek mereka dengan mudah.

Bukan itu sahaja, dengan kemajuan teknologi kini, mengapa tidak kita memanfaatkan segala platform Pengumpulan Dana yang sedia ada untuk berusaha menyucikan harta kita dengan melakukan kewajipan zakat atau bersedekah dengan  membantu mereka yang memerlukan.

Apa tunggu lagi, jika anda juga berhasrat untuk membuat Pengumpulan Dana (Crowdfunding) bagi menjalankan sesebuah projek atau memerlukan dana bagi membantu mereka yang tersayang, anda boleh cuba menjalankan Pengumpulan Dana (Crowdfunding) di platform yang telah disediakan.


Comments
Comments are closed.
Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!