Kelebihan dan kekurangan media sosial kepada pelajar 1

Kelebihan dan kekurangan media sosial kepada pelajar

Pada zaman sekarang, tidak dapat dinafikan yang golongan pelajar tidak akan berpisah dengan smartphone mereka. Namun apa yang membuatkan mereka asyik melihat alat mereka? Lebih lagi dari game yang canggih, atau aplikasi yang kreatif dan menarik, punca sebenarnya adalah media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Adalah wajar untuk mengatakan bahawa ia adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa media sosial hanya memberi kesan buruk kepada para pelajar. Seperti adanya siang kepada malam, adanya pengalaman kepada kesusahan, media sosial juga ada kebaikan kepada para pelajar. Ayuh bincangkan kedua-dua perkara ini.

Kelebihan media sosial

1. Sentiasa berhubung

Seperti yang ramai sudah tahu, media sosial adalah tempat terbaik untuk berhubung dengan teman tanpa mengira jarak. Dimana pada zaman dahulu orang berhubung hanya dengan surat yang boleh mengambil masa yang sangat lama, para pelajar zaman sekarang boleh bersembang dengan teman dengan sekelip mata. Tambahan pula, media sosial boleh digunakan untuk mencari teman-teman yang sudah lama tidak berjumpa dan teruskan perhubungan mereka

2. Platform perbincangan

Dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter, para pelajar bebas untuk berkongsi gambar, pos teman lain, atau juga artikel yang mereka jumpa di laman maya. Pelajar boleh terus membincangkan hal yang mereka rasa mereka perlu dapatkan pendapat dari yang lain. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh kongsikan berita atau pun informasi yang boleh manfaatkan teman pelajar mereka yang lain. Tidak lupa juga, dengan “Follow” sesetengah page FB seperti Berita Harian atau NST, mereka juga terus akan dapat informasi terkini tanpa memerlukan beban membaca kertas fizikal.

3. Pemberi peluang

Media sosial bukan sahaja boleh digunakan untuk cirkulasi informasi, tetapi platform untuk mencipta peluang kepada pelajar-pelajar juga. Banyak orang sekarang menggunakan platform media sosial untuk iklankan perniagaan mereka, atau menggunakan platform ini untuk menjadi selebriti media maya. Malah, peluang yang dibincangkan disini juga merangkumi peluang untuk mendapat bantuan dana/crowdfunding atau sebagainya untuk kenalan mereka menggunakan jaringan kenalan yang dibincangkan pada poin 1 di artikel ini.

Kekurangan media sosial

1. Mengurangkan fokus

Pasti ada yang pernah dengar tentang bagaimana media sosial ini menarik fokus dari para pelajar. Bukan sahaja golongan muda, malah orang tuapun sudah “ketagih” dengan media sosial ini. Jika buku memerlukan fokus dari pelajar untuk membaca dan memahaminya, media sosial pula direka supaya ia menarik fokus para pelajar kepadanya. Notifikasi yang menarik perhatian, dan juga reaksi teman-teman kepada pos mereka sendiri amatlah mengasyikkan, dan ia membuatkan pelajar mendapat dopamin pada masa yang singkat dan menyebabkan pelajar leka dengan “ketagihan” tersebut.

2. Cirkulasi info tidak sahih

Media sosial membuatkan para pelajar bebas mengkongsi apa-apa yang mereka mahu di page mereka. Pada asasnya konsep ini sangatlah bagus, terutamanya untuk para pelajar yang harus selalu mencabar pemahaman sendiri tentang sesuatu topik, tapi dengan kebebasan ini datangnya pengkongsian secara tidak matang. Sesetengah pihak tidak ada integriti untuk mengsahihkan info yang mereka jumpa di internet sebelum berkongsi, asalkan kepada mereka info itu selari dengan pemahaman mereka tentang topik tersebut, tidak kira dalam politik, pendidikan, agama dan lain-lain. Ini mampu membawa salah faham, dan boleh membawa kepada pergaduhan. Hal ini juga akan berkait dengan poin yang seterusnya

3. Potensi toksik yang tinggi

Media sosial pada asasnya ialah representasi ada di alam maya, dan tidak melibatkan “badan fizikal” anda. Dengan kata lain, semua orang di media sosial boleh melayarnya tanpa mengambil kira jika apa-apa kenyataan atau aktiviti yang mereka lakukan akan melibatkan orang sekeliling mereka, tidak seperti berinteraksi di depan muka di dunia fizikal. Ini membuatkan ramai pelajar semakin berani untuk sengaja mengguris hati individu yang mereka tidak suka hanya untuk “mencari gaduh” kerana perbuatan ini tiada impak atau reaksi fizikal kepada mereka. Banyak yang menjadi “keyboard warrior” di alam maya, tetapi lain sekali perilaku mereka jika berdepan muka.

Media sosial, guna atau tidak?

Secara kesimpulannya, tidak salah untuk kita gunakan media sosial ini, kerana ada juga kebaikan kepada platform era internet ini. Namun begitu semua pihak harus tahu akan potensi keburukan platform ini, dan ambil tindakan sebaikknya untuk menghalang pelajar-pelajar daripada mengguna media sosial untuk perkara yang tidak elok.


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!