Kisah Kejayaan Bianca Berjaya Membawa Ibunya Pulang Ke Rumah

Bianca, seorang gadis daripada Brazil, telah membuat perkongsian luahan rindu gadis ini pada ibunya di Airtripp Funding. Dia memerlukan bantuan kewangan untuk menolong ibunya pulang ke rumah. Dia telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk mendapatkan sumbangan dana dari orang ramai. Akhirnya, dia telah berjaya menetap bersama ibunya  melalui crowdfunding di Airtripp Funding.

Sasaran pertamanya telah tercapai! Dana yang diperolehi daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding sangat bermakna baginya kerana Bianca berjaya membeli tiket kapal terbang untuk kepulangan ibunya ke Brazil. Dia berasa sangat seronok setelah mendapat sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Tetapi , tiket kapal terbang kepulangan ibunya sahaja tidak mencukupi. Dia memerlukan lebih lagi untuk keperluan perbelanjaan harian ibunya setiba di Brazil. Apabila ibunya dapat pulang ke Brazil, ibunya akan mencari kerja secepat mungkin. Tetapi sebelum ibunya dapat pekerjaan yang tetap, dia memerlukan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding agar dapat membantu ibunya dalam perbelanjaan seharian. Dia memerlukan perbelanjaan seharian yang boleh menanggung ibunya selama 2 bulan sementara dia mendapatkan pekerjaan yang tetap. Duit tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan harian ibunya.

Kisah ini berlaku pada gadis ini apabila ibunya meninggalkan Brazil pada tahun lepas untuk mencari kerja di UAE. Dia mahu menyara kehidupan keluarganya dengan lebih baik. Dia mahu melihat anak-anaknya hidup dengan lebih senang. Tetapi, ia tidak berjaya atas masalah-masalah tertentu yang dihadapi oleh ibunya. Selepas 3 bulan ibunya menetap di sana, ibunya masih tidak menjumpai satu pekerjaan sehinggakan kebanyakan daripada duit simpanannya hampir sahaja habis. Ibunya telah membuat keputusan untuk menggunakan lebihan simpanan yang ada untuk mencari kerja di Pakistan pula. Itu sahaja pilihan yang dia ada memandangkan baki duit simpanannya tidak mampu untuk dia pulang semula ke Brazil. Tetapi malangnya, dia masih tidak mendapat sebarang pekerjaan di Pakistan dan harapannya sudah tiada lagi untuk menyara keluarganya hidup lebih senang.

Selain itu, Bianca juga hidup dalam keadaan susah di Brazil. Dia menetap bersama nenek dan adiknya berumur 8 tahun. Kehidupan mereka hanya bergantung kepada duit pencen neneknya dalam perbelanjaan seharian. Gadis ini belajar di universiti. Memandangkan jadualnya penuh dengan pembelajaran, dia tidak mampu untuk mencari kerja bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Malah, mencari sesuatu pekerjaan di sana bukanlah sesuatu yang mudah. Itulah sebabnya kenapa dia sangat memerlukan bantuan dan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk membawa ibunya pulang ke Brazil.

Kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita amatlah memeritkan. Adiknya sangat merindui ibunya. Dia selalu bertanyakan khabar dan bagaimana keadaan ibunya di sana kepada kakaknya. Jadi, Bianca sangat-sangat menghargai kepada rakan-rakannya yang membantu mereka dalam menyatukan mereka bersama. Dia memerlukan jumlah $ 1200 untuk perbelanjaan tiket kapal terbang kepulangan ibunya dan selebihnya untuk perbelanjaan harian. Setelah dia berkongsi ceritanya di Airtripp Funding, secara tidak langsung dia telah menarik perhatian orang ramai untuk menyumbangnya. Dia telah memperoleh $1,240.00 daripada kutipan orang ramai dan hasil tersebut dapat membantu menyatukan mereka semula.

Akhirnya, Bianca telah menggunakan wang tersebut bagi perbelanjaan tiket kepulangan kapal terbang ibunya dan perbelanjaan seharian mereka di Brazil. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada orang ramai yang menyokongnya kerana mereka dapat berjumpa ibunya semula. Semoga Bianca dan sekeluarga dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik di masa hadapan. Jika anda juga memerlukan dana untuk menolong orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda juga boleh menngunakan crowdfunding yang disediakan oleh Airtripp Funding kerana ia merupakan satu platform yang percuma dan mudah untuk mendapatkan dana. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.