Langkah-Langkah Dalam Menguruskan Duit Dengan Bijak 1

Langkah-Langkah Dalam Menguruskan Duit Dengan Bijak

Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit. Sekarang ini, semua benda memerlukan duit. Mana tidaknya kos sara hidup kini terlalu tinggi. Mahu menanggung perbelanjaan rumah lagi seperti bil-bil elektrik, air, rumah, kereta, minyak dan sebagainya. Itu belum lagi campur dengan duit perbelanjaan sara anak-anak seperti yuran sekolah, barang keperluan sekolah mereka, duit pengasuh dan sebagainya.

Kos sara hidup kini terlalu tinggi akan tetapi pendapatan gaji sama sahaja. Bukan itu sahaja, kadang-kadang kita tidak dapat menjangkakan sesuatu perkara yang akan terjadi di masa hadapan kerana malang itu tidak berbau. Cuba bayangkan jikalau anda hanya mempunyai duit perbelanjaan yang sekadar cukup-cukup sahaja untuk menanggung segala perbelanjaan. Jika terjadinya kemalangan yang tidak diingini, bagaimana anda nak dapatkan duit? Mungkin anda boleh sahaja menjalankan crowdfunding bagi menanggung kemalangan yang tidak diingini.

Akan tetapi, sebaiknya kita harus merancang aliran duit kita. Kalau anda tahu untuk merungut sahaja akan masalah duit yang anda alami, ia tidak memberi kesan apa-apa sekalipun kepada anda melainkan anda sendiri mencari jalan serta usaha bagaimana nak mengawal duit perbelanjaan anda. Macam mana juga kita hennak menjadikan duit perbelanjaan semuanya menjadi cukup? Di sini terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengawal aliran duit.

1. Membuat Simpanan

Anda harus periksa duit yang ada dalam akaun simpanan anda sekarang adakah dalam keadaan sihat atau tenat. Duit yang sihat ialah duit yang telah ada dalam akaun simpanan dan mampu untuk menanggung anda selama tiga sehingga enam bulan. Jika duit dalam simpanan anda tidak mencapai piawaian tersebut, anda perlu khuatir kerana duit perbelanjaan anda berada dalam keadaan yang tenat.

2. Membuat Bajet Kewangan

Membuat bajet sangatlah penting kerana kita boleh mengawal segala perbelanjaan duit kita sepanjang hari, minggu, bulan mahupun tahun.

3. Penggunaan Kad Kredit

Kad kredit ini sangatlah bahaya dan boleh membuatkan seseoang itu menjadi boros. Pengawalan kad kredit mestilah diperketatkan kerana ia akan membawa kepada risiko bebanan hutang yang tinggi. Lebih bagus jika anda mengelakkan daripada kepenggunaan kredit kad.

4. Jangan asyik membuat pinjaman

Kita memang tidak boleh elak daripada membuat pinjaman seperti pinjaman kereta, rumah dan sebagainya. Akan tetapi anda boleh mengelakkan daripada membuat duit pinjaman dengan perkara yang tidak diperlukan.

5. Jangan membelanjakan duit simpanan

Sekali anda telah menggunakan duit simpanan, pasti anda tidak akan segan silu untuk membelanjakan lagi. Anda seharusnya jauhi daripada menggunakan duit simpanan dengan perkara-perakar yang tidak patut. Jadi, hiduplah mengikut kemampuan iaitu berbelanja kemahuan limitkan kehendak.

6. Kurangkan Shopping dan Merokok

Dua tabiat ini menyumbang kepada pembaziran duit. Duit-duit yan digunakan untuk kegunaan rokok dan barang shopping yang berlebihan sepatutnya boleh dibuat simpanan atau barang-barang keperluan seharian.

7. Derma

Derma merupakan salah satu rahsia kejayaan dalam pintu rezeki. Jangan sesekali risau duit akan berkurangan jikalau kita menderma kerana dermalah yang membuka dan meluaskan pintu rezeki kita. Satu kita bagi, sepuluh kita terima di masa hadapan. Anda boleh menderma di crowdfunding bagi membantu mereka yang memerlukan.

Kalau betul cara anda menguruskan duit, semuanya mencukupi dalam pelbagai aspek. Pengurusan duit ini bukannya khusus bagi golongan yang bekerja sahaja, malahan golongan muda juga sudah mula untuk memikirkan dalam membuat perancangan duit di masa hadapan sebelum anda digelari muflis atau termasuk dalam nama disenarai hitam.


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!