Menariknya Travel Ke Korea

Anda ada rasa keinginan yang mendalam nak pergi travel ke Korea? Mana tidaknya, dengan perkembangan teknologi penularan muzik dan drama korea menjadi minat orang ramai kini, gelombang industri Korea tersebar dan menjadi tarikan orang ramai di seluruh dunia. Jadi, kami akan share kepada anda apa yang menariknya Korea ini!

1. Makanan yang pelbagai dan menarik

Bagi peminat yang sukakan untuk menonton mukbang, iniliah peluang anda untuk merasai makanan-makanan korea apabila sampainya di korea. Bila lagi mahu merasai Jajangmyeon,Tteokbokki dan sebagainya fresh dari Korea. Tambahan pula, sudah banyak restoran halal yang disediakan di Korea sejurus kenaikan kadar pelancong asing ke Korea. Jadi,anda boleh  merasai pelbagai makanan yang menarik apabila bercuti di Korea.

2. Mahu merasai tempat-tempat yang menarik seperti dalam drama

Bagi peminat Kdramas, anda mesti pergi ke Sangam apabila bercuti ke Korea kerana di situlah tempat-tempat rakaman kdramas seperti ‘She Was Pretty’, ‘Mr.Black’, ‘Pinnochio’ dan sebagainya. Anda boleh mengambil feeling seperti dalam drama! Tidak lupa juga bagi Kpopers untuk pergi ke SMTown Coex Artium kerana tempat tersebut wajib untuk anda pergi apabila bercuti di Korea.

3.Menikmati Keunikan Korea

Seoul merupakan ibu negara Korea di mana pelancong yang datang bercuti ke Korea wajib pergi! Selain itu, tempat-tempat sejarah juga tidak dilupai untuk melawatnya kerana Korea merupakan negara yang kaya dengan sejarah. Kita boleh mengambil pengajaran daripada sejarah mereka daripada kisah-kisah mereka, arkitekture bangunan bersejarah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai untuk hidup di zaman-zaman dahulu kala di Korea kerana  pelancong berkesempatan untuk memakai baju tradisional Korea iaitu Hanbok. Rugi jika tidak mencubanya apabila bercuti di Korea.

4. Negara yang Mempunyai Empat Musim

Bagi yang mahu bercuti ke Korea, anda seharusnya membuat perancangan terlebih dahulu dari segi musim yang manakah patut anda pergi. Musim di Korea tidak sama seperti di Malaysia di mana Korea mempunyai empat musim iaitu musim bunga pada bulan Mac sehingga Mei. Anda boleh melihat keindahan cherry blossoms pada musim ini yang tidak dapat dirasai di Malaysia. Seterusnya, musim panas pada bulan Jun sehingga Ogos di mana anda boleh melihat pemandangan tropikal Korea yang indah. Bagi musim luruh pada bulan September hingga ke bulan November, anda boleh menikmati keindahan pemandangan pokok yang kuning-kuningan. Manakala, musim yang keempat ialah musim sejuk pada bulan Disember sehingga Februari. Ia merupakan yang dinanti-natikan dan diminati oleh pelancong Malaysia kerana dapat merasai  untuk bermain salji, ski dan sebagainya. Jadi, menariknya jika anda bercuti ke Korea, anda dapat merasai pengalaman bermusim.

5. Budaya

Jikalau kita pergi melancong ke negara orang, kita boleh lihat sendiri budaya mereka yang baik mahupun buruk akan sesebuah negara itu. Jadi, anda boleh mengambil iktibar akan budaya yang baik, positif yang boleh dibuat contoh dan diamalkan. Anda patut mempelajari budaya dan cara hidup mereka apabila bercuti ke Korea.

Walaubagaimanapun, bercuti inii bukan semuanya murah kerana banyak perkara yang perlu rancang untuk perbelanjaan seperti tiket kapal terbang, pengangkutan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Anda mestilah bijak merancang dengan menjadikan trip pelancongan anda daripada mahal menjadi murah. Anda mestilah membuat perancangan bercuti sebaiknya dari segi tarikh, musim, dan sebagainya.

Pengalaman untuk bercuti ke luar negara patut dirasai oleh setiap orang sekali seumur hidup. Kita boleh mengenal budaya, bahasa, keunikan tempat-tempat di negara luar yang boleh dijadikan iktibar dalam hidup kita. Bagi kpopers atau kdramas yang sangat berkeinginan untuk bercuti ke Korea, kenapa tidak anda mencuba crowdfunding seperti Jeines dari Indonesia di mana, dia telah berjaya pergi ke Korea dengan bantuan orang lain melalui crowdfunding.

Comments
Comments are closed.