Mendapatkan Dana Bagi Pelajar U 1

Mendapatkan Dana Bagi Pelajar U

Apabila disebut sahaja mengenai pelajar, tidak kira lah dari pelajar universiti mana sekali pun, masalah utama yang mereka pasti akan hadapi adalah masalah kewangan. Mana tidaknya, bila dikatakan sebagai pelajar U, mereka masih belajar dan tidak mempunyai kewangan yang tetap di mana mereka tidak bekerja. Akan tetapi, mereka memerlukan kewangan yang terlalu banyak untuk menanggung yuran pengajian universiti, menjalankan projek penyelidikan dan sebagainya. Jadi, kami di sini akan share kepada anda mengenai crowdfunding yang boleh digunakan bagi para pelajar untuk mendapatkan dana.

1. Membayar Yuran Pengajian Universiti

Pasti anda sudah menggunakan pelabagai kaedah untuk mendapatkan duit membayar yuran pengajian U seperti bekerja part time, memohon biasiswa mahupun pinjaman dan sebagainya, dan ia masih tidak mencukupi untuk membayar yuran pengajian uni anda, bukan. Crowdfunding merupakan jalan penyelesaian bagi pelajar U untuk membayar yuran pengajian universiti seperti yang telah berjaya diajalanakan oleh Francisca dari Indonesia  melalui crowdfunding di sini , gadis ini telah berjaya mengurangkan beban kewangan rakannya melalui crowdfunding untuk membayar yuran sekolah.

2. Belajar Ke Luar Negara

Tidak mustahil bagi sesiapa pun untuk melanjutkan pengajian mereka ke U luar negara. Sayang sama sekali bagi seorang pelajar U  itu yang mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi akan tetapi masalah kewangan menjadi pemutus impiannya untuk menyambungkan pelajarannya ke universiti luar negara. Crowdfunding dapat membantu anda menampung perbelanjaan pembelajaran anda ke luar negara. Hal ini terbukti, di mana Carol, dari Singapura telah menggunakan crowdfunding untuk belajar ke Uni luar negara. Kini dia masih mempunyai 7 hari berbaki lagi dan anda juga berpeluang untuk membantu gadis ini mencapai cita-citanya untuk belajar ke U luar negara.

3. Projek Penyelidikan

Projek penyelidikan bagi para pelajar U sebegini sangat bagus bagi melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis, berpengetahuan luas serta menguasai dalam pelbagai aspek. Akan tetapi, proses penyelidikan bagi pelajar U sebegini memerlukan kos yang banyak. Pelajar universiti boleh cuba menggunakan crowdfunding dengan meminta sokongan dan bantuan orang ramai untuk mendapatkan perbelanjaan projek penyelidikan yang hendak dijalankan.

4. Program/Event

Crowdfunding juga boleh dijalankan bagi sekumpulan para pelajar uni yang mahu jalankan sesebuah program mahupun event universiti mereka seperti program kemanusiaan, program larian dan sebagainya.

Memandangkan zaman kini maju dengan perkembangan teknologi, kenapa tidak anda mengambil peluang tersebut dengan menggunakan crowdfunding ini untuk memperoleh dana bagi menanggung perbelanjaan universiti yang sudah anda tidak mampu lagi untuk dapatkan. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.


Airfunding募資平台

向全世界的人訴說你的故事並取得募款,讓大家幫助你的未完事項!