4 Fundraising tips on making a successful fundraising project

Tips untuk Crowdfunding yang berjaya

Setelah anda memutuskan untuk memulakan projek pengumpulan dana (crowdfunding) dan anda telah memilih platform yang sesuai, langkah seterusnya adalah untuk mulakan pengumpulan wang dan mencapai matlamat anda. Untuk menjadikan kempen anda berjaya, anda perlu:

  1. Jadikan ia dapat diklik
  2. Tulis isi projek yang baik
  3. Ciptakan tularan
  4. Usaha yang lebih dari biasa
  5. Pergi ke atas dan seterusnya

Maklumat lebih lanjut panduan di bawah:

1. Jadikan ia dapat diklik

Fokus pada yang pertama anda nampak di media sosial: tajuk dan imej utama.

Tajuk ini harus menarik perhatian orang untuk mengklik projek crowdfunding anda. Bagaimana? Dengan menjadi menarik dan relevan. Anda boleh membuat tajuk anda relevan dengan memasukkan objektif utama dalam tajuk. Sebagai contoh:

  • “Bawa kegembiraan kepada kanak-kanak di Hospital” atau
  • “Beri bantuan kepada askar kita supaya mereka dapat jalankan hidupan harian!”

Pilih imej utama yang jelas dan berkaitan dengan objektif anda. Realitinya ialah: orang ramai akan melihat beribu-ribu imej setiap hari, oleh itu untuk membuatkan pos anda lebih menonjol, ia mestilah imej yang kelihatan menarik untuk diklik. Lebih bagus lagi sekiranya anda boleh sertakan foto yang melibatkan orang, tempat atau benda yang berkaitan dengan tujuan projek anda dimulakan. Ia juga penting untuk tahu bahawa kebanyakan platform crowdfunding memerlukan imej landscape (mendatar) dan bukan portrait (menegak).

2.Tulis isi projek yang baik

Intipati projek adalah bahagian paling penting untuk pengumpul dana. Inilah yang akhirnya akan membawa seseorang untuk memutuskan sama ada mereka akan menderma atau tidak. Jangan lupa bahawa bukan kenalan rapat anda sahaja yang akan membaca projek anda. Isi projek haruslah lengkap supaya orang yang tidak dikenali mampu mendapat jawapan untuk segala soalan yang mungkin timbul.

Inilah yang perlu disertakan untuk isi projek yang berkesan:

  • “Hook”: Untuk terus menarik perhatian pembaca, baris pertama dalam intipati projek anda harus ada impak. Pembaca harus terasa untuk terus membaca supaya dapat tahu lebih lanjut untuk projek anda.
  • Konteks: Biarkan pembaca tahu segala latar belakang dan maklumat asas seperti di mana lokasi, untuk siapa, dan bila projek anda dimulakan.
  • Keadaan semasa: Bawa pembaca ke masa sekarang. Sekiranya ini adalah pengumpulan dana peribadi, cuba sampaikan perasaan anda pada waktu ini. Jika ini adalah pengumpulan dana untuk sesuatu organisasi, tumpukan kepada mengapa ia amat bermakna bagi organisasi anda untuk menerima sumbangan.
  • Harapan untuk Masa Depan: Apa yang anda harapkan untuk mencapai dengan dana yang anda raih? Bagaimana sokongan penderma memberi kesan positif kepada masa depan? Sekiranya anda boleh, sampaikan cerita anda dengan fokus positif pada masa depan yang cerah, dan tunjukkan kepada para penderma bagaimana mereka boleh menjadi sebahagian daripada membuat mimpi itu menjadi kenyataan.
  • Emosi: Cuba berhubung dengan pembaca dengan mencipta hubungan emosi dengan mereka. Fakta menceritakan kisah, tetapi emosi mampu menyentuh hati pembaca untuk bertindak. Semakin banyak anda dapat menyampaikan emosi yang bersama sebab atau keadaan anda, penyokong akan lebih berkemungkinan akan menderma.
  • Jadi kreatif dengan format: Kebanyakan platform crowdfunding juga menawarkan beraneka format teks yang menarik. Sebagai contoh, dengan GoFundMe atau JustGiving, anda boleh bold, menggariskan, dan highlight teks. Pertimbangkan untuk menambah foto dan video ke cerita anda untuk menjadikannya lebih menarik secara visual.

2. Ciptakan tularan

Pertama, tulis “hook” yang boleh anda kongsi di media sosial. Anda harus ingat: pembaca anda di media sosial hanya ada masa yang terhad untuk membaca. Pertimbangkan apa yang anda boleh kongsi sesuatu yang benar-benar akan menarik perhatian seseorang. Bolehkah anda membuat pos anda supaya ia memberi inspirasi? Menarik? Sebagai contoh:

  • Saya telah mengubah dunia. Klik di sini untuk mengetahui apa yang telah saya lakukan!
  • Kami mempunyai superhero dalam senyap! Baca ceritanya di sini.

Kedua, cuba libatkan kenalan rapat anda untuk usaha crowdfunding anda. Sebelum atau selepas anda mulakan projek anda, teks atau hubungi lima penyokong yang rapat dengan anda. Tanya kepada mereka jika mereka boleh kongsi kempen anda atau lebih baik beri derma kepada anda. Tidak pasti siapa yang untuk ditanya? Mula-mula cuba pertimbangkan rakan dan ahli keluarga. Sokongan dari kenalan rapat adalah penggalak utama untuk bermula. Ini akan membekalkan anda dengan keyakinan untuk kongsi lagi projek anda dengan kenalan yang lebih banyak lagi.

Dan akhir sekali, kongsi projek anda di pelbagai platform supaya anda tidak terlepas sesiapa pun. Setiap kenalan anda mempunyai gaya komunikasi yang unik. Kongsi melalui e-mel, panggilan telefon, mesej teks, Facebook, di Instagram, Twitter, Snapchat, atau di mana sahaja anda boleh berkomunikasi dengan orang yang anda kenal.

4. Usaha yang lebih dari biasa

Melangkah lebih jauh untuk pengumpulan dana anda boleh meningkatkan peluang kejayaan projek. Berikut adalah beberapa idea:

  • Buat Video:Jadi lebih kreatif – Video lebih mudah yang menceritakan kisah anda. Pastikan ia pendek. 1-3 minit adalah yang terbaik. Dan, jika anda menggunakan smartphone untuk merakam,, filem video secara mendatar (dalam mod landskap).
  • Lebih Spesifik: Beri info spesifik kepada pembaca tentang penggunaan dana yang dikumpul. Sebagai contoh, jika kempen anda menaikkan wang untuk membeli baju untuk anak-anak yang memerlukan, jelaskan bahawa sumbangan RM10 akan menyumbang kepada satu helai pakaian, ini akan menggalak lebih banyak sumbangan.
  • Ganjaran penyumbang: Pertimbangkan untuk menawarkan tahap ganjaran untuk jumlah sumbangan tertentu. Ini boleh menjadi ganjaran percuma, seperti kad ucapan terima kasih atau mesej terima kasih di media sosial. HoneyFund, Kickstarter, GoFundMe, dan Patreon semuanya menawarkan keupayaan untuk menambah tahap ganjaran.
  • Ubah Foto Profil Anda di Media Sosial: Tukar foto profil media sosial anda supaya ia berkaitan dengan projek anda. Tambah link ke projek anda dalam butir profil anda juga.
  • Buat risalah: Sebarkan risalah di sekitar komuniti anda. Ini adalah cara terbaik untuk menghubungi orang yang tidak dikenali. Beberapa platform seperti GoFundMe dan JustGiving juga membuat risalah untuk anda.

5. Meneruskan momentum

Pastikan penderma dan penyokong terus teruja dengan projek anda dengan mengemas kini butir projek anda sekali setiap minggu atau lebih lagi. Jangan lupa untuk berkongsi dengan penyokong anda! Pertimbangkan idea berikut untuk kemaskini:

  • Kongsi pencapaian penting seperti: “Kami telah menerima sumbangan pertama kami” atau “kami sudah setengah jalan ke matlamat kami!”
  • Buat ‘Sasaran Mini’ seperti: “Kami berharap dapat menaikkan $ 500 pada hari Jumaat! Bolehkah anda berkongsi dana dan membantu kami mencapai matlamat kami?”
  • Dan juga mesej terima kasih kepada penderma seperti : “Terima kasih kepada orang-orang termasuk Encik A, Puan B,… yang telah mendermakan atau berkongsi dana untuk kami”

Ingat: Kejayaan mana-mana projek crowdfunding adalah hasil daripada usaha yang dibuat dan betapa luasnya ia dikongsi. Kami menggalakkan anda untuk menggunakan semua tips dan kaedah yang telah kami kongsi untuk menjadikanprojek crowdfunding anda berjaya!