Jadikan PTPTN pilihan terakhir untuk membayar yuran pengajian Universiti

Sudah namanya pinjaman, peminjam haruslah membayarnya semula. Kebanyakan lepasan graduan pasti akan terjerut dengan bebanan hutang pinjaman PTPTN yang tinggi sehingga boleh tersenarai hitam kewangan kerana tidak bayar balik pinjaman PTPTN. Sebelum perkara ini terjadi kepada anda, kami akan memberikan pendedahan mengenai kaedah bagaimana untuk membayar yuran pengajian Universiti selain menggunakan pinjaman PTPTN.

Pinjaman PTPTN yang telah disenarai hitam sukar untuk membuat permohonan pinjaman bank

Walaupun kerajaan baru telah mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang telah disenarai hitam untuk ditahan imigresen ke luar negara dihapuskan, akan tetapi bagi peminjam PTPTN yang dikenakan CCRIS, mereka tetap akan mengahadapi kesukaran untuk membuat permohonan pinjaman bank. Mereka akan kekal dilabel dalam senarai hitam kewangan. Hal ini menyebabkan mereka akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman yang lain seperti  kereta, rumah dan sebagainya. Memang tidak diakui lagi bahawa perjalanan peminjam PTPTN ke luar negara tidak akan disekat kini walaupun tunggakan PTPTN masih banyak tidak dijelaskan. Akan tetapi permohonan untuk membuat pinjaman yang lain pada masa hadapan susah untuk dilakukan apabila nama peminjam telah disenarai hitam kewangan.

Kebanyakan Peminjam PTPTN tidak mampu untuk bayar balik

Bagaimana peminjam PTPTN ini hendak membayar balik jika mereka tidak mendapat sebarang pekerjaan. Hal ini kerana, lepasan graduan pasti akan mengalami masalah mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja graduasi kerana peluang pekerjaan kini tidak banyak. Memang susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ramai majikan yang mencari pekerja yang mempunyai pengalaman. Bukan itu sahaja, jika para graduan mendapat pekerjaan sekali pun, gaji permulaan yang mereka dapat agak rendah, gaji tersebut hanya sekadar cukup-cukup makan. Mungkin ada juga sebahagian peminjam PTPTN harus menanggung beban kaluarga dengan hasil gaji tersebut. Memang agak sukar untuk mereka hendak bayar balik duit pinjaman PTPTN tersebut. Walaupun diberi peringatan daripada bank untuk membayar balik duit pinjaman tersebut, mereka masih tidak mampu untuk membayar balik atas masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Kaedah bayar balik Yuran pengajian Universiti selain membuat pinjaman PTPTN

Sebelum anda terjerut sama sekali seperti nasib peminjam di atas yang telah disenari hitam, mungkin anda boleh menggunakan kaedah lain yang dapat membantu anda melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Pasti anda mahu mendapatkan ijazah dengan tenang tanpa memikirkan masalah kewangan bukan? Pasti juga anda mahu meneruskan pengajian tanpa memikirkan bebanan hutang yang akan dialami di masa hadapan, bukan? Antara salah satu solusi selain menggunakan pinjaman pendidikan PTPTN ialah, anda boleh mencuba crowdfunding! Bagi sesiapa yang kurang diberi pendedahan mengenai crowdfunding, ia merupakan pengumpulan dana daripada orang ramai secara online. Anda boleh menggunakan crowdfunding , di mana banyak platform yang telah disediakan secara online di internet bagi menyelesaikan masalah penjelasan yuran pengajian dan asrama di universiti.

Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Alternatif lain untuk membayar yuran pengajian universiti jika tak dapat PTPTN

Untuk pengetahuan anda, tidak semua pelajar sebenarnya dapat pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti. Diantara pelajar yang tidak dapat pinjaman PTPTN ialah pelajar yang tidak lulus dalam peperiksaaan, di mana PNGK pelajar tersebut kurang daripada 2.0, pelajar yang digantung pengajian dan pelajar yang menangguhkan pengajiannya di universiti. PTPTN tidak akan membayar semula pengajian kepada mereka yang membuat pinjaman PTPTN  pada semester berikutnya jika terdapat pelajar yang mempunyai salah satu ciri-ciri di atas. Tetapi, takkan perjalanan mereka untuk belajar terhenti di pertengahan semester begitu sahaja? Kami akan kongsikan kaedah di mana masih terdapat alternatif lain yang dapat membantu pelajar tersebut meneruskan pengajian mereka di universiti jika tidak dapat PTPTN semula.

Alternatif lain yang boleh digunakan bagi pelajar yang tidak dapat PTPTN semula

Kita tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar. Mungkin mereka mempunyai masalah yang sukar diungkap kerana kita tiada di tempat mereka. Contohnya seperti, terdapat pelajar yang terpaksa menanggung bebanan tanggungjawab keluarga. Mereka terpaksa mencari sumber kewangan lain dengan melakukan kerja part time sehingga perkara tersebut boleh mengganggu pelajaran mereka. Tambahan pula, duit PTPTN juga  hanya sekadar cukup untuk membayar yuran pengajian dan asrama sahaja. Bagaimana pula bagi perbelanjaan yang lain? Mungkin faktor-faktor sedemikian menyebabkan pelajar tersebut telah tersenarai dalam ciri-ciri tidak dapat PTPTN semula dalam melanjutkan pengajian di universiti.

Jangan risau, masih tidak terlambat lagi untuk perbaiki diri serta meningkatkan pengajian anda dengan lebih cemerlang di masa hadapan. Hal ini kerana, terdapat alternatif lain yang dapat kami kongsikan kepada anda untuk menanggung yuran pengajian sementara menggantikan PTPTN iaitu melalui crowdfunding. Anda masih berpeluang untuk menggunakan crowdfunding bagi menanggung yuran pengajian di universiti. Sekejap, apa itu crowdfunding? Crowdfunding ialah pengumpulan dana daripada orang ramai secara atas talian di internet. Banyak sahaja platform yang menyediakan kaedah crowdfunding ini, antaranya ialah Airtripp Funding. Airtripp Funding dapat menyelesaikan masalah anda dengan mengumpul dana kepada orang ramai dengan mudah tetapi dengan syarat, dana tersebut haruslah digunakan sebaik mungkin untuk pembelajaran pada masa hadapan.

Manfaatkan Dana Crowdfunding serta PTPTN sebaiknya

Untuk makluman tambahan, PTPTN ini mestilah dibayar balik selepas 12 bulan tamat pengajian. Jadi pelajar mestilah mencari pekerjaan sebelum disenarai hitam kewangan di bank atas dasar tidak membayar semula pinjaman PTPTN. Duit PTPTN tersebut akan dipotong daripada gaji anda mengikut potongan gaji berjadual yang telah ditetapkan oleh PTPTN. Jadi, pelajar mestilah janji untuk  membayar semula hutang tersebut secara konsisten agar dapat digunakan oleh orang lain pula. Tidak lupa juga bahawa jika anda berjaya dalam crowdfunding, gunakanlah duit tersebut untuk pembelajaran dengan sebaiknya. Jangan menghampakan orang ramai yang telah membantu anda terutama sekali keluarga anda dalam melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi di universiti. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya agar dapat membantu orang lain pula ketika dalam kesusahan serta memberi manfaat kepada orang ramai.