Crowdfunding Untuk Membina Masjid Masyarakat Setempat

Kisah ini menceritakan di mana Benjamin Attoh yang merupakan salah seorang penduduk Ghana, berhasrat untuk membantu sepupunya mendapatkan dana membina sebuah masjid kepada masyarakat setempatnya. Dia mahu menjadikan masjid tersebut sebagai tempat masyarakat setempatnya berkumpul bersama-sama tidak kira apa jua usia dalam menjalankan ibadah serta melakukan pelbagai aktiviti sosial yang menjana pemikiran dan kecerdasan tubuh badan mereka. Jadi, dia telah menggunakan crowdfunding untuk membina masjid tersebut. Akhirnya, dia telah berjaya mendapatkan dana tersebut untuk membina masjid kepada masyarakat setempatnya setelah mendapat sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Dia telah berkongsikan cerita bersama rakan-rakannya di Airtripp Funding mengenai hasratnya untuk mendapatkan dana. Katanya, dia mahu mahu membantu sepupunya mencapai impian yang diidam-idamkan selama ini. Sepupunya yang diberi nama Yahya merupakan orang penting dalam kampungnya. Malah, dia seorang yang disegani oleh masyarakat setempatnya kerana dia telah banyak membantu orang ramai membersihkan dan menyediakan ruang solat setiap kali masyarakat setempatnya mahu mendirikan solat. Ruang solat mereka adalah dalam keadaan yang terbuka. Jadi, mereka terpaksa bergantung kepada keadaan cuaca untuk melakukan ibadah selama ini memandangkan ruang solat tersebut tiada bumbung. Jika keadaan cuaca ketika itu panas, mereka akan solat di bawah matahari manakala jika cuaca hujan pula, mereka tidak boleh mendirikan solat bersama-sama kerana ruang solat tersebut akan menjadi basah dan meninggalkan kesan kotor.

Bukan itu sahaja, malahan ruang solat mereka juga tiada pembahagian antara lelaki dan perempuan di mana ia akan menyukarkan pihak perempuan untuk melakukan solat. Yahya yang merupakan orang kuat kampung tersebut mempunyai impian untuk membina sebuah masjid yang boleh memuatkan ramai orang serta dilengkapi dengan semua kemudahan supaya masyarakat setempatnya boleh menjalankan ibadah dengan lebih selesa. Sudah lama dia mengimpikan untuk mendirikan masjid tersebut.

Tetapi, dia tidak berpeluang untuk mengumpulkan dana daripada masyarakat setempat memandangkan masyarakat setempat tersebut sudah hidup dalam keadaan yang susah. Walaubagaimanapun, memandangkan ia merupakan fardhu kifayah dan keperluan masyarakat setempatnya untuk mendirikan masjid tersebut, baginya tiada yang mustahil untuk mencapai impiannya itu.

Sebaik sahaja dia menjumpai platform Airtripp Funding, dia telah menggunakan crowdfunding untuk mencapai impiannya itu. Lalu, dia terus berkongsi cerita mengenai impiannya untuk membina masjid yang boleh dilawati oleh semua orang untuk menjalankan ibadah. Dengan adanya masjid tersebut, mereka boleh menjalankan ibadah tanpa risau akan keadaan cuaca malah memberi kemudahan kepada masyarakat setempatnya untuk melakukan ibadah dengan lebih selesa. Katanya, masjid tersebut bukan sahaja boleh mendirikan solat, malah masjid tersebut akan dijadikan tempat menuntut ilmu dan aktiviti-aktiviti sosial yang lebih bermanfaat kepada penduduk setempatnya tidak kira usia muda mahupun tua.

Jadi, dia telah meletakkan jumlah dana yang diperlukan di Airtripp Funding. Katanya, dia hanya mempunyai simpanan $150 sahaja dan dia memerlukan selebihnya daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk perbelanjaan pembinaan dan peralatan-peralatan pembinaan.

Akhirnya, kesucian hati dan kemurnian dalam diri Yahya untuk membina masjid kepada masyarakat setempat tersebut telah menyentuh hati ramai orang daripada seluruh dunia. Dia telah berjaya memperoleh $120. Impiannya untuk membina masjid kepada penduduk setempatnya telah pun tercapai! Dana tersebut telah pun diberikan kepada Yahya untuk membina masjid tersebut dan dalam perancangannya, masjid tersebut akan disiapkan dalam musim bunga tahun ini. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberi bantuan untuk mencapai impiannya. Semoga penduduk setempatnya dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik dan selesa di masa hadapan.

Jika anda juga mempunyai projek untuk dijalankan bagi membantu mereka yang memerlukan, anda juga boleh menggunakan crowdfunding yang disediakan di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat Projeknya Di Sini!

Comments
Comments are closed.