Crowdfunding Untuk Membuat Reban Ayam

Kisah ini menceritakan di mana Rahul Pradev dari Chennai, India telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk membuat reban ayam. Memandangkan anak-anak ayam yang dipeliharanya semakin membesar, dia mahu membuat ruang berpagar khas untuk ayamnya membesar. Kini, dia mempunyai 13 hari berbaki lagi untuk mendapatkan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding agar dia berjaya membina reban ayam yang dingininya.

Dek kerana dia seorang pencinta haiwan, dia mempunyai impian untuk menjaga dan membesarkan pelbagai haiwan peliharaan seperti anjing, ayam, ikan dan sebagainya. Katanya, dia telah membesarkan dan menjaga seekor ayam semenjak dia berusia 1 tahun setengah lagi. Malahan pula, dia telah memperoleh 10 ekor anak ayam pada bulan lepas. Betapa sayangnya dia pada haiwan tersebut, bukan sahaja dia menjaga anak-anak ayam tersebut sebagai haiwan ternakan malah menjadikan anak-anak ayam tersebut sebagai haiwan peliharaannya. Jadi, dia mahukan impian tersebut menjadi kenyataan dengan menjaga haiwan peliharaan sedikit demi sedikit.

Tetapi masalah yang dihadapi oleh Rahul adalah, anak-anak ayam tersebut sedang membesar dari semasa ke semasa. Sangkar yang ditinggal oleh anak-anak ayam tersebut adalah terlalu kecil untuk mereka. Dia mahu menempatkan haiwan kesayangannya itu dengan lebih selesa iaitu di ruang yang besar. Jadi, kerana itulah dia mahu membuat pagar untuk anak-anak ayam tersebut.

Seperti yang diceritakan olehnya di Airtripp Funding, dia hanya mempunyai satu sangkar sahaja. Malah ia terlalu kecil untuk menjadikan tempat tinggal kesemua anak ayam tersebut. Jadi, dia memerlukan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk membuat reban ayam supaya mereka boleh tinggal dengan selesa. Selain itu, dia juga risau akan keadaan anak-anak ayam tersebut apabila berada di sangkar kerana sangkar tersebut sangat terbuka dan mungkin boleh membahayakan mereka daripada gangguan anjing dan kucing. Jadi, dia sangat-sangat memerlukan reban ayam untuk melindungi daripada bahaya.Tambahan pula, dengan adanya pagar tersebut dia mahu menjaga dan membesarkan anak-anak ayam tersebut dengan baik agar telur yang ditetaskan satu hari nanti akan diagihkan kepada jiran-jiran di kawasan rumahnya.

Mengenai latar belakangnya pula, dia merupakan seorang developer. Katanya, gaji dia hanya cukup untuk menanggung perbelanjaan keluarganya dan susah baginya untuk membuat simpanan pada hujung bulan. Selain itu, dia juga perlu membayar duit rumah. Jadi, dia tidak mampu untuk membuat pagar ayam tersebut.

Walaubagaimanapun, tiada rintangan baginya untuk mencapai impiannya apabila sebaik sahaja dia telah menjumpai Airtripp Funding. Dia meminta sokongan dana untuk membuat reban ayam. Dengan hasil sokongan yang diperolehi daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya memperoleh $100.00 setakat ini. Kini dia mempunyai 13 hari berbaki lagi untuk mengutip dana daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kawan-kawannya yang telah membantunya di Airtripp Funding kerana memberi peluang kepadanya mencapai impiannya memelihara pelbagai haiwan peliharaan. Memandangkan dia mempunyai 13 hari berbaki lagi di Airtripp Funding, anda juga mungkin berpeluang untuk membantu impiannya.

Bagi mereka yang ingin memulakan projek mereka tetapi tidak memiliki modal yang mencukupi, anda boleh cuba menggunakan crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding untuk meneruskan projek yang anda ingini. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.