Kisah Kejayaan Angela Berjaya Membayar Bil Perubatan Anaknya

Angela merupakan seorang ibu yang menetap di Guayaquil,Ecuador. Dia mempunyai seorang anak yang mengalami suatu penyakit yang tidak boleh diubati. Kos rawatan bagi penyakit anaknya sangat mahal dan dia tidak mampu untuk membayar bil perubatan anaknya. Jadi, dia telah menggunakan crowdfunding untuk membayar bil perubatan anaknya. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, Angela berjaya mendapatkan rawatan anaknya itu.

Anaknya yang sedang mengalami penyakit tersebut berumur 12 tahun. Anaknya mengalami G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) ketika berusia 2 tahun lagi. Ia merupakan penyakit genetik dan masalah seperti hemolisis, anemia, hematuria dan kerap sekali mengalami demam. Malangnya, penyakit tersebut tiada penawar. Mereka hanya bergantung kepada ubat, vitamin dan suplemen lain untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak menjadi lebih teruk.

Pada ketika dahulu, ibunya pernah bekerja di sebuah syarikat. Tetapi syarikat yang dia bekerja dahulu itu terpaksa ditutup atas sebab ekonomi pada ketika itu yang tidak stabil. Kini, Ibunya seorang suri rumah. Dia hanya menjaga anak-anaknya di rumah. Suaminya pula tidak mempunyai pendapatan gaji yang tetap. Gajinya sentiasa berubah-ubah mengikut hasil jualan yang diterima. Jadi, mereka tidak mampu untuk menanggung bil perubatan anaknya. Tambahan pula, duit simpanan mereka sudah habis. Pada ketika itu mereka sekeluarga sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Jika mereka tidak membuat rawatan terhadap anaknya itu, anaknya berkemungkinan berada di dalam bahaya di mana dia akan mengalami hemolisis. Anaknya bukan sekadar memerlukan rawatan, malah anaknya juga terpaksa membuat pemeriksaan rutin dengan doktor. Tambahan pula, mereka tidak mempunyai insurans perubatan. Mereka terpaksa membayar semua perbelanjaan tersebut daripada duit simpanan mereka sendiri. Dia berkata bahawa dia berasa sangat terkilan akan sistem kesihatan di negaranya yang tidak baik seperti mana sistem kesihatan yang dijalankan di negara lain.

Jadi, dia tidak tahu untuk meminta pertolongan siapa lagi. Sementara itu juga, dia berusaha untuk mencari kerja supaya dia dapat menanggung bil rawatan anaknya di masa hadapan. Tetapi apabila dia menjumpai Airtripp Funding, dia berkongsi cerita bersama rakan-rakannya di Airtripp Funding dan meletakkan jumlah dana yang diperlukan olehnya secara terperinci. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia berjaya memperoleh $400.00. Akhirnya, dia berjaya membantu anaknya mendapatkan rawatan.

Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia berjaya menyediakan keperluan anaknya itu untuk menjadi lebih sihat dan ceria sepertimana kanak-kanak yang lain. Semoga anaknya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Jika anda juga memerlukan dana untuk membantu orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda boleh mencubanya di Airtripp Funding. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.