Kisah Kejayaan Happiness Berjaya Membantu Sepupunya Membayar Yuran Sekolah

Happiness Godwin, wanita daripada Dar Es Salaam, Tanzania berjaya membantu sepupunya mendapatkan bayaran yuran sekolah setelah menggunakan crowdfunding. Kejayaan ini adalah hasil daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding

Happiness tinggal bersama mak ciknya dan tiga orang sepupu di Dar Es Salaam. Dia menanggung semua pembiayaan mereka. Baru-baru ini, seorang daripada sepupunya yang berumur 11 tahun telah menghabiskan pelajarannya di sekolah. Sepupunya merupakan seorang pelajar yang pandai di sekolah dan mempunyai prestasi yang sangat baik. Dia mempunyai masa depan yang cerah jika dia menyambung pelajarannya. Walaubagaimanapun, sepupu Happiness tidak dapat menyambung pelajarannya kerana dia tidak mampu untuk membayar yuran sekolah sepupunya itu. Jadi, Happiness mencari inisiatif untuk membantu sepupunya itu menyambung pelajarannya. Dia rasa bersyukur apabila menjumpai Airtripp Funding di mana ia merupakan platform yang dapat membantu dia meringankan beban untuk membayar yuran sekolah sepupunya.

Dia tidak mampu untuk menanggung yuran sepupunya kerana pendapatan pekerjaannya tidak tetap. Makciknya juga sudah tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan. Makciknya hanya menjaga sepupunya di rumah. Happineess bekerja sebagai pemasaran. Pendapatannya hanya diperolehi dalam lingkungan $100 sebulan. Disebabkan pendapatan bulanannya yang tidak tetap, menyebabkan sukar baginya untuk membuat simpanan bagi menanggung yuran sekolah sepupunya itu. Dalam masa 7 bulan, dia hanya mampu untuk menyimpan $250. Dia memerlukan $350 untuk yuran sekolah sepupunya.

Sepupunya merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Tetapi, perkara yang menyedihkan baginya apabila memikirkan sepupunya mungkin tidak berpeluang untuk meneruskan pembelajarannya jika dia tidak memperoleh duit yang mencukupi untuk membayar yuran sekolah. Jadinya, Happiness sangat-sangat berharap agar kawan-kawannya di Airtripp Funding dapat menolong sepupunya sambung belajar.

Dia juga ada meminjam beberapa wang daripada saudara dan kawannya yang terdekat di sana tetapi masih tidak mencukupi. Katanya, menetap di Tanzania sangat mencabar. Penduduk di sana juga pun tidak mampu untuk menolongnya kerana mereka sendiri juga hidup dalam keadaan yang susah. Dia tidak sanggup untuk membuat pinjaman kerana kadar bunganya terlalu tinggi di sana dan ia sangat berisiko.

Jadi, dia mengharapkan sokongan daripada kawan-kawannya di Airtripp Funding agar dia dapat membantu sepupunya menyambung pelajaran. Dia berkongsi cerita dan meletakkan dana yang diperlukan olehnya secara terperinci. Dia memerlukan $500 untuk membayar yuran sekolah dan peralatan sekolah sepupunya. Dia hanya mampu untuk membayar $250 daripada wang simpanannya selama 7 bulan dan selebihnya iaitu $250 lagi diperlukan oleh rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Walaubagaimanapun, dia telah berjaya mengutip $170 hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Akhirnya, dia berjaya untuk membayar yuran sekolah sepupunya. Dia berasa bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding kerana telah memberi peluang kepada sepupunya menyambung pelajarannya di sekolah.

Semoga sepupunya dapat mencapai cita-cita yang diingini pada masa hadapan. Jika anda juga memerlukan sumbangan dana untuk projek anda, anda juga boleh mencubanya di Airtripp Funding. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.