Kisah Kejayaan Jeines Menjalankan Projek Rakaman di Korea

Jeines yang bekerja sebagai pejawat awam di Manodo, Indonesia mempunyai impian untuk melancong ke Korea Selatan. Ia bukan sekadar melancong, malah dia ingin menjalankan projek rakaman eksperimen yang membuktikan kepada orang ramai bahawa baiknya perlakuan orang korea terhadap peancong asing. Jadi, dia telah meminta pertolongan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding agar dia dapat mencapai hasratnya ke Korea. Hasil daripada crowdfunding yang dijalankan olehnya, dia berjaya menjejakkan kaki ke Korea.

Kisah ini bermula apabila dia mahu membuktikan bahawa perlakuan orang Korea adalah baik terhadap pelancong asing. Dia telah menceritakan bahawa sebelum ini, dia telah melihat video rakaman seorang youtuber daripada Indonesia. Video itu merupakan satu eksperimen yang menunjukkan personaliti dan tingkah laku orang awam di Korea. Video tersebut telah dirakamkan di Gangnam, Seoul di mana ia mengisahkan youtuber tersebut berlakon seperti gelandangan lalu meminta bantuan daripada orang awam di Korea, tetapi malangnya apa yang ditunjukkan di dalam video tersebut membawa kepada imej negatif iaitu tiada satu pun orang awam Korea yang menolongnya. Video ini diteruskan lagi dengan eksperimen seterusnya di mana youtuber yang sebentar tadi memakai pakaian seperti gelandangan bertukar menjadi seorang yang kaya dengan memakai pakaian yang berjenama lalu meminta pertolongan daripada orang awam. Video tersebut menunjukkan youtuber tersebut hanya mendapat perhatian serta dilayan oleh orang awam di Korea apabila memakai barang yang mewah. Video sebegini memberi persepsi yang tidak elok kepada orang ramai dan membawa imej buruk kepada negara tersebut.

Tetapi video tersebut tidak membawa kepercayaan kepada Jeines. Dia ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa video tersebut bukan seperti mana yang disangkakan. Jeines sangat meminati Korea dan dia sayangkan orang-orang korea. Dia berkata bahawa sepanjang dia mengenali orang korea, mereka semua melayannya dengan baik tidak kira apa situasi pun. Dan sebab itulah dia mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa video yang dirakamkan oleh youtuber tersebut adalah tidak benar. Dia berhasrat untuk menjalankan eksperimen tersebut di Korea.

Antara salah satu sebabnya kenapa dia meminati Korea adalah apabila dia mula mengenali kawan Airtripp Fundingnya bernama Jame. Dia dapat mengetahui betapa indahnya tempat-tempat di Korea dan kelakuannya yang sangat baik daripada Jame. Selain hasratnya untuk membuat video eksperimen dengan orang awam di Korea, dia juga berhasrat untuk berjumpa dengan James. Dia ingin menunjukkan kepada satu dunia betapa indahnya suasana dan tingkah laku orang Korea berdasarkan video eksperimen yang ingin dibuat itu.

Jadi, dia meminta bantuan dana daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding agar dia dapat menjalankan projeknya di Korea. Jumlah keseluruhan perbelanjaannya adalah seanyak $1,200. Tetapi dia hanya mampu menanggung sebanyak $500 sahaja dan selebihnya dia meminta pertolongan kawan-kawannya di Airtripp Funding. Segala maklumat disertakan di Airtripp Funding secara terperinci seperti perbelanjaan tiket kapal terbang, tempat tinggal selama seminggu di Seoul dan kos makanan. Baki jumlah keseluruhan yang diperlukan olehnya ialah sebanyak $700.00. Dengan hasil sokongan daripada kawan-kawannya di Airtripp Funding, dia memperoleh $705.00.

Daripada hasil jumlah yang diperolehinya, membolehkan dia menjalankan projek videonya di Korea. Hasratnya untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa kelakuan orang korea adalah baik dan tidak seperti mana yang ditunjukkan di dalam video youtuber sebelum ini telah tercapai. Jeines telah berangkat ke Seoul. Dia berjaya merakamkan video dan membuktikan kepada orang ramai bahawa dia benar. Dia juga meluangkan masa yang berkualiti sebaik yang mungkin bersama rakan baiknya, Jame.

Dia akan menyunting video dan berkongsikan kepada orang ramai di Youtube dan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Impiannya untuk pergi ke negara yang diidam-idamkan selama ini telah pun tercapai. Jika anda juga mempunyai projek yang dijalankan tetapi tidak kesampaian atas sebab tidak memilik dana yang cukup, anda boleh mencuba crowdfunding di Airtripp Funding. Jadi jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.