Kisah kejayaan Tala: Mengeluarkan Single Terbaru Datenshi Project

Tala telah pun menggunakan crowdfunding di Airtripp Funding untuk band keluarannya yang diberi nama Datenshi Project. Mereka telah pun berjaya menghasilkan beberapa buah lagu hasil sokongan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Mereka telah menggunakan crowdfunding untuk mengeluarkan single terbaru mereka. Akhirnya, dengan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, mereka telah berjaya untuk mengeluarkan single terbaru mereka.

Racio, lebih dikenali sebagai Tala merupakan gitaris Datenshi Project. Tala merupakan seorang guru yang mengajar bahaya Sepanyol di Jepun. Memandangkan, minatnya yang sangat mendalam terhadap lagu-lagu Jepun yang bergenre rock, dia mempunyai impian untuk mengeluarkan single keluaran Datenshi Project.

Datenshi Project ini ditubuhkan pada tahun 2011 di Malaga, Spain. Ia terdiri daripada 4 orang ahli iaitu vokalis utama, Lourdes, gitaris, Tala, Bass, JP dan pemain drum Edu. Band ini diinspirasikan atas minat mereka dengan lagu-lagu Jepun yang bergenre rock seperti band Visual Kei. Lagu-lagu yang mereka cipta adalah original dicipta oleh mereka sendiri dalam bahasa Jepun. Lagu-lagu yang mereka persembahkan di beberapa buah konsert mempunyai cerita dan maksud tersendiri dan ia telah menarik ramai minat penonton.

Pada mulanya, mereka hanya membuat beberapa persembahan di Malaga, Spain. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu membuat persembahan di Jepun. Projek mereka terhenti seketika apabila Tala dan sepupunya yang merupakan vokalis band tersebut berpindah ke Jepun untuk menyambung pelajaran mereka di sana. Dengan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, ahli band tersebut telah berjaya berkumpul semula di Jepun dan membuat persembahan di Jepun. Impian mereka untuk menubuhkan band di Jepun telah pun tercapai.

Tetapi pada bulan Oktober 2018, dua ahli daripada band tersebut iaitu Edu dan JP terpaksa pulang semula ke Spain atas masalah tempoh visanya yang tamat. Pemergian dua rakannya menyebabkan mereka sukar untuk meneruskan projek mereka merekod CD. Sementara Edu dan JP bekerja keras untuk mengumpul duit pulang semula ke Jepun, Tala dan vokalisnya berusaha mencipta beberapa buah lagu. Tambahan pula, untuk merekod CD di Jepun sangat mahal. Jadi mereka sangat-sangat memerlukan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding agar mereka dapat meruskan impian mereka merekod CD bagi projek kumpulannya.

Jadi mereka memerlukan dana untuk merekod CD kumpulannya dalam lingkungan $660.00. Hasil daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia memperoleh hasil lebih dari apa yang mereka jangkakan iaitu sebanyak $893.00. Setibanya Edu dan JP pulang ke Jepun, mereka merancang untuk meneruskan projek mereka merekod CD keluaran bandnya hasil daripada sokongan rakan-rakan di Airtripp Funding.

Airtripp Funding telah berjaya membantu Tala untuk meneruskan impiannya merekod CD kumpulan bandnya. Semoga kumpulannya sukses selalu di masa hadapan. Jika anda mempunyai projek yang tidak kesampaian atau impian yang ingin dikecapi selama ini, anda juga mungkin boleh menggunakan crowdfunding kerana Airtripp Funding sentiasa memberi peluang kepada anda mendapatkan dana dan menyokong anda. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.