Kisah Kejayaan Victoria: ‘Saya Mahu Menunjukkan Keindahan Laut Kepada Anak Saya’

Kisah ini menceritakan seorang ibu yang penyayang diberi nama Victoria berasal daripada Nairobi, Kenya telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk mencapai hasrat anaknya. Setelah mendapat sokongan daripada kawan-kawannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya membawa anaknya melihat keindahan laut.

Victoria merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berumur 2 tahun. Anaknya telah mengalami penyakit Pheumonia sejak lahir lagi. Pheumonia merupakan penyakit radang atau inflamasi pada paru-paru. Dia berkata bahawa penyakit yang dialami oleh anaknya menunjukkan perubahan yang semakin positif semejak Jun yang lalu hasil daripada pengambilan rawatan dan ubat sebelum ini. Di samping syukur ibunya terhadap kesembuhan anak tersebut, dia berhasrat untuk menyambut perubahan dan kesembuhan anaknya itu pergi melancong melihat keindahan laut.

Walaubagaimanapun, duit simpananya sudah habis digunakan untuk perbelanjaan kos rawatan dan ubat susulan terhadap penyakit anaknya sebelum ini. Jadi, dia tidak mampu untuk membawa anaknya bercuti. Dia bekerja sebagai pelayan kedai dan pendapatan bulannnya sebanyak $ 100. Hal yang demikian, perbelanjaan pendapatan rumah dan anaknya sudah menjadi tanggungjawabnya memandangkan dia merupakan seorang ibu tunggal. Katanya, ia agak mustahil baginya untuk pergi melancong.

Terlintas juga di fikirannya untuk meminta pertolongan daripada keluarganya. Akan tetapi semenjak ayahnya meninggal dunia, semua ahli keluarganya sudah berpecah mencari pekerjaan masing-masing. Malahan, mereka sendiri juga mempunyai masalah kewangan masing-masing. Jadi, mereka tidak mampu untuk menolong Victoria mencapai hasratnya.

Anaknya mengalami penyakit tersebut sejak lahir lagi dan dia tidak pernah merasakan untuk menjalani kehidupan dengan gembira seperti kanak-kanak yang lain. Seorang ibu itu pasti mahu melihat anak-anaknya gembira dan seronok. Dia berpendapat bahawa, anaknya layak untuk menerima kebahagiaan dan kesihatan itu seperti kanak-kanak yang lain. Jadi, dia berhasrat untuk membawa anaknya melihat kebiruan dan kejernihan air laut kerana ia merupakan terapi kesihatan dan membawa mood yang baik dan ketenangan kepada anaknya.

Dia berhasrat untuk membawa anaknya ke Pantai Mombasa. Dia merancang untuk membuat trip domestik sahaja jadi ianya tidaklah terlalu mahal. Katanya, dia mahu meluangkan masa bersama anaknya menikmati keindahan laut dengan bermain bersama di tepi pantai, berenang dan merasakan makanan yang sedap. Jika, impiannya ini tercapai, anaknya mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh dan minda. Yang paling penting haruslah dia mahu melihat anaknya gembira.

Jadi, dia telah menceritakan impiannya di Airtripp Funding untuk melihat anaknya gembira. Dia telah meletakkan jumlah dana yang diperlukan untuk membeli tiket kapal terbang dan perbelanjaan tempat tinggal.

Akhirnya, impian seorang ibu ini telah pun tercapai hasil daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding dengan memperoleh dana sebanyak $100.00. Dia berasa sangat bersyukur dan gembira kerana dia dapat menyampaikan hasratnya untuk melihat anaknya gembira seperti kanak-kanak yang lain. Semoga mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih sukses di masa hadapan. Jika anda juga mempunyai impian anda selama ini yang masih tidak dikecapi, anda juga boleh mencuba crowdfunding di Airtripp Funding kerana platform ini sentiasa memberi peluang kepada anda mendapatkan dana dengan lebih mudah. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.