Kisah Kejayaan Xyrine Dapat Membantu Rakannya Yang Mengalami Kanser Payudara

Walaupun tidak mempunyai pertalian darah, Xyrine, seorang wanita yang menetap di Bacorod, Filipina sanggup untuk membantu rakannya Maria yang sedang mengalami kanser payudara. Dia merasakan sudah menjadi tanggungjawab baginya sebagai sahabat untuk menjaga rakannya yang sedang mengalami kesusahan.

Kos rawatan yang dialami oleh rakannya agak mahal dan dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan kos rawatan rakannya. Walaubagaimanapun, Xyrine berasa amat bersyukur apabila dia telah menjumpai satu platform yang diberi nama Airtripp Funding kerana platform tersebut telah memudahkan wanita ini mendapatkan dana bagi rawatan penyakit yang dialami rakannya. Wanita tersebut telahpun berjaya membantu rakannya mendapatkan rawatan apabila mendapat sokongan orang ramai di Airtripp Funding.

Kisah ini bermula pada tahun 2014 di mana wanita ini mula mengenali Maria yang berumur 32 tahun di gereja kawasan perumahannya. Maria merupakan seorang wanita yang sangat disegani oleh orang ramai di sekitar kawasan perumahannya. Dia juga merupakan seorang ketua dalam kumpulan gerejanya. Jadi, di sinilah saat mereka berkenalan antara satu sama lain. Maria menetap bersama ibu dan neneknya di mana ibunya sedang mengalami penyakit diabetes.

Maria mengalami keadaan yang sukar apabila dia dapat tahu mengenai kanser yang dialaminya pada tahun lepas. Namun, duit perbelanjaannya tidak cukup untuk menanggung kos rawatan dan kehidupan sehariannya. Kini, kansernya sudah merebak sehingga ke tahap 4. Maria beranggapan mungkin sudah terlambat untuk mencari penawar baginya. Tetapi,  Xyrine tidak berputus asa untuk mencari inisiatif mendapatkan dana bagi mendapatkan rawatan yang dialami rakannya agar rawatan tersebut dapat menjadikan Maria meneruskan kehidupannya seperti biasa pada masa hadapan.

Tambahan pula, pendapatan Xyrine rendah dan tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan kos rawatan kawannya. Jadi, dia membuat keputusan untuk menjual barang-barang berharganya sekitar $300. Tetapi ia masih tidak dicukupi untuk menanggung kos rawatan kawannya. Walaubagaimanapun, hasrat Xyrine untuk membantu rakannya telah pun tercapai apabila dia telah menjumpai Airtripp Funding di mana satu platform yang memudahkan dia mendapatkan dana.

Dia meletakkan segala informasi dan berkongsi cerita di Airtripp Funding. Maria memerlukan kos rawatan bagi penyakitnya dan keperluan hariannya. Xyrine sahabat baiknya merancang untuk memberi $300 dan dia memerlukan lebih kurang $1,000 lagi bagi mencukupi keperluan untuk membantu kawannya menjalani rawatan kanser. Setiap sumbangan satu dollar yang dihulurkan oleh rakan-rakannya akan dihulurkan kepada Maria bagi menjalani rawatan penyakitnya. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, Xyrine telah memperoleh $1,071.00 lebih daripada yang dijangkakan. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding yang telah membantu dalam memberi sumbangan. Dia juga berterima kasih kepada Airtripp Funding sendiri yang menyediakan platform yang sangat baik dan mudah untuk mendapatkan dana dalam dapat membantu rakannya mendapatkan rawatan.

Semoga Maria dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik di masa hadapan. Airtripp Funding sentiasa bersedia untuk membantu anda untuk mendapatkan dana dengan lebih mudah. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat Projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.