Pengumpulan dana sosial yang terbaik

Bagi sesebuah kumpulan atau individu yang mahu menjalankan pengumpulan dana sosial bagi menjalankan projek kemasyarakatan dan kemanusiaan, kenapa anda tidak menjalankan pengumpulan dana melalui crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding sahaja?

Terdapat  sebuah badan pertubuhan, organisasi mahupun individu yang mempunyai matlamat mereka tersendiri seperti membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, perlindungan haiwan yang teraniaya, pembianaan kapasiti masyarakat setempat yang susah dan sebagainya.

Target jumlah dana yang diperlukan oleh sesebuah kumpulan atau individu untuk menjalan kempen tersebut pasti memerlukan jumlah dana yang banyak. Jadi, mereka memerlukan sokongan dan sumbangan orang ramai untuk menjalankan projek mereka. Crowdfunding ini memudahkan sesebuah kumpulan atau individu untuk membuat pengumpulan dana secara online. Tambahan pula, pengumpulan dana di platform  Airtripp Funding ini memudahkan sesebuah kumpulan atau individu untuk menderma, berkongsi kempen untuk diderma, malah memberi kesedaran kepada orang ramai akan kehidupan dunia realiti yang terjadi.

Antara contoh kempen bagi pengumpulan dana sosial yang telah berjaya dijalankan di Airtripp Funding ialah:

1. Pengumpulan dana “Networking Action for Disabled Youth”, NADY

Kempen ini telah dijalankan daripada sebuah badan organisasi dari Malaysia yang membantu golongan belia yang kurang upaya dengan mengasah bakat tersembunyi mereka dalam membuat kraftangan serta membantu dalam pemasaran produk mereka. Mereka telah menjalankan pengumpulan dana di Airtripp Funding ini untuk memberi sumbangan keperluan harian mereka seperti makanan, pakaian dan membantu perjalanan organisasi untuk mengurangkan beban golongan belia yang kurang upaya.
Lihat Projeknya di sini!

2. Pengumpulan dana sosial bagi membantu mangsa gempa bumi di Indonesia

Kempen ini telah dijalankan daripada seorang individu yang diberi nama Bagus dari Indonesia yang telah membuat pengumpulan dana di Airtripp Funding bagi membantu mangsa gempa bumi yang telah berlaku pada ogos lalu di Pulau Lombok. Hasil daripada kempen yang telah dijalankan olehnya  di Airtripp Funding, dia telah berjaya menyumbangkan keperluan asas kepada masyarakat setempat.
Lihat projeknya di sini!

3. Pengumpulan dana sosial bagi perlindungan golongan wanita

Kempen ini telah dijalankan dari sebuah organisasi daripada Singapura yang diberi nama “Her Future, Coalition” di mana mereka telah menggunakan hasil pengumpulan dana di Airtripp Funding tersebut untuk perlindungan, pendidikan dan pekerjaan kepada golongan wanita yang teraniaya.
Lihat projeknya di sini!

Menariknya pengumpulan dana di Airtripp Funding ini adalah setiap orang meliputi satu global dapat membantu bersama hanya di dalam satu platform. Anda boleh lihat di sini untuk menjalankan pengumpulan dana.

Comments
Comments are closed.