Tips yang ramai tidak tahu untuk mendapatkan wang Sambung Belajar Ke Luar Negara

Sudah lama mengimpikan untuk belajar ke luar negara. Tetapi, apabila difikirkan mengenai kos perbelanjaan, terdapat para pelajar yang terus menghentikan niat untuk mengejar cita-cita mereka belajar ke luar negara. Seperti sedia maklum, kos pebelanjaan ke luar negara agak mahal. Sangatlah sayang sama sekali jika pelajar itu mempunyai kemahiran, bakat serta minat yang mendalam untuk melayakkan mereka belajar ke luar negara. Akan tetapi disebabkan mereka tiada wang untuk menanggung perbelanjaan pendidikan, telah menjadi satu halangan untuk mereka meneruskan impian. Mungkin ada sebahagian pelajar yang sudah guna pelbagai inisiatif tetapi masih tidak mampu sehingga kini. Janganlah berputus asa kerana kami akan berkongsikan tips yang mungkin ada sebahagian pelajar daripada pelbagai latar belakang, mahupun kaya atau miskin yang masih tidak menggunakan atau terokai lagi kaedah ini untuk mendapatkan wang melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bolehkah pelajar yang tiada wang untuk belajar ke luar negara?

Masalah utama yang kerap kali dialami oleh para pelajar untuk meneruskan hasrat mereka untuk belajar ke luar negara, sudah tentulah tiada wang. Bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan, mereka boleh membuat permohonan biasiswa yang telah banyak ditawakan di pelbagai universiti dan institusi. Tetapi dengan syarat, pelajar tersebut perlulah bersungguh-sungguh dalam membuat permohonan kerana banyak persaingan di luar sana. Tambahan pula, hendak mendapatkan informasi pada zaman kini mudah sahaja kerana semua hanya menggunakan secara online di internet. Pelajar mestilah sentiasa alert dengan tawaran biasiswa yang terkini, tarikh akhir permohonan serta kos pengajian yang ditawarkan mestilah sama mengikut tawaran permohonan biasiswa tersebut. Bagi pelajar yang tiada wang, biasiswa dapat membantu para pelajar untuk ke luar negara, tetapi mereka haruslah berusaha untuk mendapatkannya. Tetapi bagaimana pula bagi pelajar yang tidak secemerlang seperti pelajar yang lain? Takkan pembelajaran mereka terhenti begitu sahaja? Kami akan kongsikan di bawah bagaimana untuk mendapatkan wang bantuan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara bagi pelbagai latar belakang pelajar tersebut iaitu mahupun, pelajar yang kaya atau miskin, serta pelajar yang cemerlang atau sederhana.

Bolehkah pelajar yang datang dari keluarga yang miskin menyambungkan pelajaran mereka ke luar negara?

Zaman sekarang, semua orang, mahupun kaya atau miskin mampu untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Tidak semestinya golongan yang berada sahaja. Hal ini kerana, banyak institusi yang memberi peluang kepada pelajar yang miskin ke luar negara dengan menyediakan bantuan kewangan pendidikan. Para pelajar boleh membuat permohonan dengan mengisi borang bantuan pendidikan yang ditawarkan di institusi tersebut. Jika melepasi syarat bantuan permohonan tersebut, berkemungkinan besar pelajar memperoleh bantuan tersebut untuk meneruskan impian murni melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Memang tidak boleh disangkal lagi bahawa semua golongan boleh melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu mahupun kaya atau miskin. Ilmu itu luas. Carilah ilmu sehingga ke pelusuk dunia agar ilmu tersebut dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Kaedah yang ramai tidak tahu bagi pelajar yang tidak mampu serta tiada wang untuk menanngung kos pengajian ke luar negara.

Kos pengajian ke luar negara ini bergantung kepada negara yang hendak dituju. Mahal lah perbelanjaan tersebut bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke negara yang maju, begitu juga sebaliknya. Mereka hanya perlu pandai dalam membuat pengurusan kewangan bagi menannggung kos perbelanjaan pengajian di sana dari segi yuran pengajian, kolej, makan dan sebagainya.

Mungkin ada sebahagian pelajar yang sudah menggunakan pelbagai cara seperti biasiswa, bantuan atau kaedah yang bermacam-macam, tetapi masih tidak berjaya. Kami cadangkan anda untuk menggunakan crowdfunding. Mungkin ramai tidak tahu mengenai crowdfunding ini di mana crowdfunding ini dapat membantu pelajar yang tidak mampu, miskin mahupun tiada wang untuk mencapai hasrat mereka belajar ke luar negara. Kalau niat anda murni untuk menuntut ilmu dan belajar, semua pasti akan dipermudahkan. Tidak salah jika mencuba kerana mungkin anda berpeluang untuk menyambungkan pengajian ke luar negara. Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat menambahkan pengalaman dengan menerokai negara orang, mengenal pelbagai budaya,bahasa, tingkah laku yang boleh dijadikan teladan. Jadi, tunggu apa lagi? Jadikan impian anda menjadi relaiti sekarang! Anda boleh menggunakan crowdfunding yang telah disediakan di Airfunding.

Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Comments
Comments are closed.