Crowdfunding Untuk Membayar Hutang Yuran Pengajian

Adhefia, seorang pelajar daripada Indonesia telah menjalankan projek di Airtripp Funding. Dia telah menggunakan crowdfunding untuk membayar hutang yuran pengajiannya memandangkan dia sudah buntu tidak tahu bagaimana cara lagi untuk mendapatkan bantuan kewangan. Projek yang dijalankan olehnya telahpun berjaya setelah mendapat sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Dia telah berkongsikan ceritanya di Airtripp Funding bahawa dia merupakan salah seorang pelajar universiti di Indonesia. Namun yang demikian, dia memiliki masalah kewangan untuk membayar hutang yuran pengajiannya. Dia telah bekerja separuh masa sebagai Barista untuk membuat simpanan agar dapat membayar hutang tersebut.

Pada tahun lepas, ibu bapanya telah menghadapi masalah kewangan dan mereka tidak mampu untuk menanggung yuran pengajian gadis ini. Katanya, dia hampir sahaja untuk berhenti menyambungkan pengajiannya. Akan tetapi hasratnya terputus sebaik sahaja dia telah menerima pinjaman pelajaran.

Jadi, dia telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajiannya dengan menggunakan duit pinjaman tersebut. Walau yang demikian, dia tidak mampu untuk membayar semula hutang tersebut. Perkara ini selalu bermain di fikirannya bahawa adakah dia mampu untuk selesaikan hutang tersebut ataupun tidak. Dia selalu memikirkan tentang jumlah hutang pinjaman yang diambilnya itu sehingga mendatangkan kerisauan dalam diri gadis ini. Paling mengecewakan baginya, walaupun dia bekerja setiap hari tetapi dia masih tidak mampu untuk membuat simpanan bagi menampung semula hutang yuran pengajiannya.

Jumlah pinjaman yang diambilnya itu sangat tinggi. Kadar faedah juga makin meningkat saban hari. Dia berkata bahawa dia tidak mampu untuk membayar semula hutang tersebut sendiran memandangkan pendapatan bulanan kerjanya hanyalah $35. Tambahan pula, dia tinggal seorang diri. Keluarganya pula tinggal di kampung. Katanya, ia sangat mustahil untuk membayar semula hutang yuran pengajian apabila dia perlu datang ke kolej dan bekerja lebih masa iaitu 50 jam satu minggu.

Ibu bapanya telah mencadangkan gadis ini untuk berhenti belajar memandangkan itu sahaja solusi yang tinggal. Katanya, mereka tidak mampu untuk menanggung pembelajaran anaknya itu sedangkan mereka sendiri tidak mampu untuk menjaga dan menanggung perbelanjaan harian adik-adiknya seramai tiga orang. Tetapi, semangat gadis ini tidak terhenti begitu sahaja apabila dia telah menjumpai Airtripp Funding. Dia meminta sokongan dana untuk membayar hutang yuran pengajian kolejnya. Dengan hasil sokongan yang diperolehi daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya memperoleh $273.00. Katanya, sebaik sahaja dia memperoleh dana tersebut dia akan membayar hutang yuran pengajiannya secepat mungkin agar dia dapat meneruskan pengajiannya lalu mendapatkan sijil untuk memperoleh kerja yang lebih baik di masa hadapan. Dengan itu dia berhasrat untuk belajar dengan lebih rajin agar dia memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan mampu untuk menanggung perbelanjaan keluarganya di masa hadapan.

Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kawan-kawan yang telah membantunya di Airtripp Funding kerana memberi peluang kepadanya menyambung pelajaran. Semoga gadis ini dapat mencapai cita-cita yang dingininya selama ini di masa hadapan. Bagi mereka yang memerlukan dana untuk membantu orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan anda boleh cuba menggunakan crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.